PROGRAM JELAJAH SELANGOR BEKERJA 2020 TAWAR 13,124 PELUANG PEKERJAAN

BANGI 29 November – Sebanyak 13,124 kekosongan jawatan telah ditawarkan oleh 71 majikan sempena Program Jelajah Selangor Bekerja 2020 di empat lokasi iaitu Kuala Selangor, Gombak, Paya Jaras dan Hulu Langat.

Ianya juga dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan yang juga diterajui oleh Exco Mohd Khairuddin Othman.

Khairuddin ketika diaju soalan oleh media

Menurut beliau “ini merupakan inisiatif kerajaan Negeri untuk menangani peningkatan jumlah pengangguran susulan pandemik COVID-19.

Berdasarkan rekod pendaftaran di laman sesawang jobsMalaysia, kerajaan Negeri telah menerima sebanyak 9,696 permohonan untuk menyertai Program Jelajah Selangor Bekerja 2020.

Kerajaan Negeri komited untuk meneruskan Program Jelajah Selangor Bekerja 2020 dalam skala kecil dan bersesuaian dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Antara mereka yang hadir bagi sesi temuduga

Kaedah temuduga dilaksanakan secara fizikal dan virtual bagi mematuhi prosuder operasi standart (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Selangor Task Force Covid-19 (STFC)

Usaha ini amat penting dalam membantu kerajaan Negeri menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19, sekaligus memastikan kadar pengangguran di Selangor dapat diturunkan dengan kadar segera” ujar beliau.

Wartawan / jurugambar : Aizat