PUTRAJAYA, 1 Jun 2025 – Pusat tuisyen terkemuka negara, PTTI, melakar sejarah baharu dalam landskap pendidikan apabila berjaya mencatat dua rekod Malaysia Book of Records (MBOR) atas pencapaian cemerlang pelajarnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.
Dua pengiktirafan yang diperoleh adalah:
-
“Most Straight A’s SPM Students in a Tuition”
-
“Most SPM Grade A’s Obtained by a Tuition”
Rekod tersebut dicapai selepas PTTI berjaya melahirkan 401 pelajar Straight A’s, serta merekodkan sebanyak 18,432 gred A terkumpul dalam keputusan SPM 2024 – satu pencapaian luar biasa yang membuktikan keberkesanan pendekatan pendidikan yang diamalkan pusat tuisyen tersebut.
Majlis penganugerahan dan penghargaan atas kejayaan ini diraikan dalam suasana penuh meriah menerusi Majlis Anugerah Inspirasi PTTI 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Lebih 2,000 tetamu menghadiri acara tersebut, termasuk pelajar, ibu bapa, serta selebriti dan tokoh-tokoh terkenal tanah air.
Antara figura tersohor yang memeriahkan majlis ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Dato’ K), Datuk Wira Dr. Azizan Osman, Asyraf Khalid, MK K-Clique, Iman Troye, Alyssa Dezek, Zaki Yamani, Naim Daniel dan ramai lagi.
Selain meraikan 401 pelajar cemerlang, PTTI turut menghargai 356 pelajar ‘Nearly All A’s’, serta 1,685 pelajar yang memperoleh 6A dan ke atas, menzahirkan komitmen pusat ini dalam menyemai budaya kecemerlangan akademik dalam kalangan pelajar.
Sebagai tanda penghargaan terhadap usaha dan kejayaan luar biasa ini, PTTI turut bekerjasama dengan Yayasan Nurjiwa dalam memberikan insentif wang tunai sebanyak RM500 kepada setiap pelajar Straight A’s, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan mencecah RM200,500.
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman, menzahirkan rasa syukur dan bangga atas pencapaian tersebut.
“Kejayaan ini bukan sahaja milik PTTI, tetapi juga milik semua ibu bapa dan pelajar yang tidak pernah berputus asa. Ini bukti bahawa pendidikan berkualiti dan sistematik mampu mengubah masa depan seseorang pelajar,” ujarnya.
Mengorak langkah ke hadapan, PTTI kini menyasarkan untuk melahirkan 1,000 pelajar Straight A’s bagi SPM 2025. Pelbagai inisiatif sedang dirancang dan diteruskan, termasuk kelas dalam talian, konsultasi akademik berterusan, serta pemantauan prestasi pelajar secara sistematik.
Sebagai sokongan berterusan kepada pelajar dan ibu bapa, PTTI turut menawarkan sesi konsultasi percuma bagi membantu meningkatkan prestasi akademik menjelang peperiksaan SPM yang akan datang.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, orang ramai boleh melayari laman web rasmi PTTI di www.ptti.my.