PUTRAJAYA SAMBUT BAIK SARANAN MENTERI WILAYAH SEBAGAI BANDAR BEBAS NIAGA

PUTRAJAYA, 4 Disember 2020 – Presiden Perbadanan Putrajaya yang baharu, YBhg Datuk Muhammad Azmi Bin Mohd Zain menyambut baik saranan YB Menteri Wilayah bagi menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai Bandar Bebas Niaga berikutan Pandemik Covid-19. Beliau memaklumkan bahawa hanya 24 borang permohonan lesen berniaga sementara  diterima setakat ini dan kesemuanya telah diluluskan oleh Perbadanan Putrajaya.

Beliau juga meminta agar penduduk Putrajaya yang terjejas dan ingin berniaga di kawasan yang dirasakan sesuai supaya membuat permohonan lesen sementara secara online di web portal Perbadanan Putrajaya dengan segera. 

Beliau memaklumkan perkara ini ketika menerima kunjungan hormat Kepimpinan BERSATU Bahagian Putrajaya ke Pejabat Presiden Perbadanan Putrajaya semalam.

Fathul Azam bersama Presiden Perbadanan Putrajaya

Ketua Bahagian BERSATU Bahagian Putrajaya, Saudara Fathul Azam berkata “Pertemuan 4 mata ini adalah bertujuan bagi mengeratkan silaturahim serta membincangkan permasalahan masyarakat setempat khususnya.

Harapan saya juga untuk melihat Putrajaya ini dikenali sebagai destinasi pelancongan yang unggul dimana YBhg presiden bercadang untuk menjadikan kawasan Ajung Foria sebagai hub sukan berbasikal serta dilengkapi dengan Kemudahan basikal. Bagi memberi keselesaan, laluan motosikal sekitar Putrajaya akan dinaik taraf untuk kegunaan sukan berbasikal”. ujar beliau.

Turut serta dalam pertemuan tersebut adalah Ketua Armada merangkap Exco Nasional dan Ketua Srikandi Bahagian.

pertemuan antara Ketua Bahagian BERSATU Putrajaya bersama Presiden Perbadanan Putrajaya