Kebangkitan Kugiran Masdo dalam arus perdana muzik tanah air bawa gelombang baharu tatkala ramai artis-artis BBNU memonopoli pasaran. buktinya mereka masih kekal di dalam industri dengan pencalonan lagu ‘kasih dan sayang’ di dalam Muzik-Muzik 35.

Kugiran Masdo ketika ditemui wartawan di Rhino Arena Shah Alam sempena perlawanan bola sepak persahabatan antara Masdo dan Bunkface. Perlawanan persahabatan ini adalah pertemuan pertama mereka setelah hampir empat bulan tidak bertemu akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) yang melanda negara.
“Ada ramai yang sebenarnya tidak puas hati dengan Kugiran Masdo ni, dekat twitter ada 2-3 kumpulan yang ingin mengajak fight!” ujar Asmawi selaku pemain gitar Masdo dan beliau berharap sukan bola sepak antara artis ini dapat diteruskan.

Sementara itu pemain bass Masdo berkata “ini adalah suatu perkara yang sihat dan mungkin band-band lain dapat mengumpulkan team untuk membuat perlawanan persahabatan antara artis” Ujar Putuceri kepada wartawan.
Ditubuhkan pada 2015, kumpulan yang dianggotai Azham Ahmad (dram), Putu Ceri (bass/vokal), Asmawi (gitar/vokal) dan Ali Sariah (vokal utama/gitar) kini semakin popular dengan lagu-lagu mereka yang memperjuangkan konsep pop yeh yeh 1960-an ini.