December 6, 2024

KUALA LUMPUR – Bersedia untuk memulakan pengembaraan yang menggerunkan bersama The Conjuring Universe Tour, satu pengalaman seram berjalan imersif serba baharu yang tampil penghidupan semula set yang mengerikan diinspirasikan oleh adegan ikonik daripada seram popular New Line Cinema termasuk filem-filem The Conjuring, filem-filem Annabelle dan The Nun. 

Melakukan debut Asia Tenggara pada bulan Ogos ini, The Conjuring Universe Tour akan ‘merasuki’ The Curve Mutiara Damansara, mulai 26 Ogos hingga 19 November.

Sebuah produksi oleh Warner Bros. Discovery Global Themed Entertainment, Sunny Side Up dan Incubase Studio, berakan kongsi dengan AM PM (HK) dan Ace Media Network, The Conjuring Universe Tour menjemput para peminat dan pencari keterujaan ke satu lawatan berpandu imersif bagi mengalami momen terkenal daripada The Conjuring Universe iaitu francais filem seram dengan kutipan tertinggi sepanjang masa.  

Dengan 20 zon yang tawarkan kepada peminat satu perjalanan interaktif penuh dengan kejutan menyeramkan, para pengunjung dapat jelajahi set yang dihidupkan semula termasuk The Carta Monastery daripada The Nun serta The Warren’s Artifact Room daripada siri filem The Conjuring dan Annabelle Comes Home

Perjalanan diteruskan dengan sebuah replika pokok ikonik setinggi lima meter, seperti yang dilihat dalam poster filem terkenal untuk The Conjuring. Pelbagai barangan eksklusif menarik yang dikeluarkan untuk pengalaman ini turut boleh didapati di kedai berkenaan. 

Pengarah Urusan Incubase Studio iaitu sebuah studio kreatif berkaitan Sunny Side Up Entertainment, Sion Yip berkata, “Kami bangga dapat bekerjasama dengan Warner Bros. Discovery Global Themed Entertainment untuk pengalaman interaktif baharu dan unik ini yang meraikan antara filem seram paling ikonik sepanjang masa. Sebagai pelopor standard baharu dalam genre seram, filem-filem The Conjuring Universe telah inspirasikan kami dalam produksi pengalaman unik ini dengan pemaparan kejadian paranormalnya melalui sinematografi yang kekal dalam ingatan dan penceritaan yang menarik minat.” 

Para pengunjung turut boleh bawa pulang patung kecil atau ‘figurine’ yang menjadi rebutan iaitu POP MART Warner Bros. The Conjuring Universe Series yang berdasarkan 13 watak berbeza, serta patung figura Annabelle bersaiz 40 inci yang menjadi koleksi di samping memorabilia seperti kemeja-t, beg jinjing (tote bag), rantai kunci, payung dan sebagainya. 

Tiket ke The Conjuring Universe Tour boleh didapati menerusi laman web rasmi di www.theconjuringtour.com serta KLOOK, IncuTix dan e-dompet utama melalui WeTix pada harga berikut: 

  • Tiket Siang Isnin-Jumaat (Slot masa antara 11 pagi hingga 6 petang): RM80 
  • Tiket Malam Isnin-Jumaat (Slot masa antara 6 petang hingga 10 malam): RM95 
  • Tiket Siang Hujung Minggu (Slot masa antara 11 pagi hingga 6 petang): RM95 
  • Tiket Malam Hujung Minggu (Slot masa antara 6 petang hingga 10 malam): RM110 
  • Flexi Ticket Bundle (Antara 11 pagi hingga 10 malam) berserta satu patung kecil POP MART Blind Box: RM170 
  • Lawatan Kumpulan Persendirian (Semua hari pada bila-bila masa, janji temu sahaja) untuk maksimum 12 orang: RM1,050 

Dapatkan tiket anda apabila jualan bermula pada 1 Ogos dan nikmati diskaun 17% untuk Flexi Ticket Bundle atau diskaun 10 peratus untuk tiket standard sehingga 25 Ogos. 

Oleh kerana tema dan pengalaman yang amat menakutkan, pengunjung di bawah umur 15 tahun sangat dinasihatkan supaya ditemani seorang dewasa yang akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penjagaan dan kelakuan mereka sepanjang lawatan. 

Kongsikan pengalaman ini di laman sosial anda dengan tanda pagar #TheConjuringTourMY dan jangan lupa ikuti @theconjuringtour di Facebook dan Instagram untuk maklumat lanjut dan kemas kini terbaharu.