Raya lebih bermakna! RTM hidangkan pelbagai program istimewa Aidilfitri 2025

KUALA LUMPUR, 19 Mac 2025 – Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengumumkan barisan program khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan tema Syukuri Syawal. Menjanjikan hiburan terbaik buat penonton, RTM bakal menayangkan pelbagai rancangan menarik menerusi saluran utama TV1, TV2 dan Okey. Selain itu, program-program ini juga boleh diakses secara digital melalui RTMKlik.

Tahun ini, RTM menyajikan tujuh telefilem, tiga filem, dua program hiburan, serta satu program khas yang menjanjikan pengalaman menonton yang menghiburkan bagi seisi keluarga.

Hiburan dan Muzikal

Siaran Langsung: Opah, Esok Hari Raya!!!

  • 10.30 Malam | TV2
  • Program malam raya yang membawa nostalgia kad raya dan ucapan Aidilfitri. Penonton berpeluang menyaksikan kad raya paling kreatif dibacakan serta berpeluang memenangi hadiah menarik. Dimeriahkan dengan persembahan artis popular tanah air.

Temasya Aidilfitri 2025

  • 2 April | 9.00 Malam | TV1
  • Gandingan pengacara Dato’ N.D Lala dan Raja Azura mengendalikan program yang menampilkan artis terkenal seperti Hael Husaini, Haqiem Rusli, Datin Alyah, Amelina, dan ramai lagi dengan dendangan lagu-lagu raya.

Filem Pilihan

Suci Dalam Debu

  • 1 April | 9.00 Malam | TV2
  • Kisah Roy, anak orang kaya yang ingin bebas dan bergaul dengan pemuzik kelab malam. Insiden fitnah dan kematian rakan baiknya mengubah hidupnya.
  • Pelakon: Julia Rais, Sidi Oraza, Khairil Anwar.

Jackie Chan’s First Strike

  • 1 April | 9.00 Malam | TV2
  • Jackie Chan beraksi dalam misi mencabar demi mendapatkan kembali nuklear yang dicuri.
  • Pelakon: Jackie Chan, Jackson Lou, Annie Wu.

Rocketry: The Nambi Effect

  • 6 April | 9.00 Malam | TV2
  • Kisah kehidupan ahli sains roket India, Shri Nambi Narayanan, yang difitnah sebagai pengkhianat negara.
  • Pelakon: Madhavan, Simran, Rajit Kapoor.

Telefilem Istimewa

Panggung RTM: Along Bakal Mati Syawal Ni?

  • 31 Mac | 9.00 Malam | TV1
  • Manaf, seorang lelaki tua yang merindui kemeriahan Syawal, berpura-pura sakit tenat untuk menyatukan keluarganya yang bersengketa.
  • Pelakon: Mat Over, Farah Ahmad, Wan Hanafi Su.

Takbir Pertama

  • 31 Mac | 9.00 Malam | TV2
  • Kisah seorang wanita Cina yang mendapat hidayah selepas mendengar takbir pertama malam raya.
  • Pelakon: Nina KCS, Mustaqim Bahadon.

Cik Pon Bakal Talak Satu

  • 31 Mac | 10.00 Malam | OKEY
  • Kisah Nani yang cuba membantu menyelamatkan rumah tangga ‘Cik Pon’ dengan habuan yang dijanjikan kepadanya.
  • Pelakon: Didi Astilah, Amyza Aznan.

Suamiku Ting Tong

  • 1 April | 10.00 Malam | OKEY
  • Sahira mengesyaki kecurangan suaminya, tetapi keadaan berubah menjadi misteri dan paranormal.
  • Pelakon: Redza Rosli, Jaja Illiyes.

Perempuan Melawan Lara

  • 2 April | 10.00 Malam | OKEY
  • Kisah ketabahan seorang ibu dalam membesarkan anak autism, serta konflik perkahwinannya.
  • Pelakon: Aishah Azman, Nafiez Zaidi.

Petai Tua Jering Muda

  • 3 April | 10.00 Malam | OKEY
  • Seorang pelajar universiti berusaha mencari wang tambahan untuk menyambung pengajiannya dengan bekerja sebagai penjaga seorang warga emas cerewet.
  • Pelakon: Raja Atiq, Datuk Jalaluddin Hassan.

Bederun

  • 6 April | 10.00 Malam | OKEY
  • Kisah Aisyah, gadis yang meminati sukan bot laju dan menyertai Pesta Bederun di Sarawak.
  • Pelakon: Harris Alif, Bulan Terry.

Program Istimewa

Citra Reka Busana

  • 5 April | 9.00 Malam | TV2
  • Program fesyen yang memberi penghormatan kepada warisan busana Malaysia dalam bentuk muzikal. Diserikan dengan persembahan artis popular seperti Dato’ Jamal Abdillah, Marsha Milan, Noraniza Idris, dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pelbagai program menarik di RTM sepanjang Syawal ini! #SyukuriSyawal