
Oleh: RyesHazmanja
Siapa sangka bertahun menanti pembikinan filem The Experts ini membuahkan hasil yang terbaik. Filem aksi, drama dan komedi ini adalah di antara filem yang terbaik untuk tahun 2024 ini. Astro Shaw sekali lagi membawakan naskah hebat dengan arahan pengarah yang hebat dan pelakon-pelakon juga di kalangan hebat. Komitmen 200% yang mereka berikan cukup membuat penonton bertepuk tangan menandakan sangat berpuas hati. Runut bunyi yang bagus serta aksi-aksi yang menarik juga cukup buat semua nampak ‘perfect’.
Permulaan cerita dihidangkan dengan aksi panas apabila Mimi Lana menyamar sebagai polis dan melakonkan aksi ‘Muay Thai’. Nampaknya pengarah terus panaskan filem ini dengan aksi rompakan. Dalam hati saya berkata “Wah!” tidak beri peluang kita menguap skala bosan nampaknya. Filem yang anda wajib tonton di pawagam berdekatan rumah anda. Saya harus memberikan 10 bintang kepada pengarah dan pelakon-pelakon filem ini.

Kisah lain dari yang lain, plot twist di luar jangkaan tidak terjangkau dari kebiasaan klise filem yang sedia ada. Ada scene dalam filem ‘Mission Impossible’ pun ada, scene di dalam FAST TO FURIOUS 7 pun ada. Lakonan semuanya mantap dan hebat. Kisah tentang lima beradik yang handal dalam merompak berskala besar dan berprofil tinggi. Permulaan pertama mereka berjaya merompak jongkong emas bernilai 40 juta ringgit ‘steady’ betul skill rompakan mereka. Dan sehinggalah adik bongsu mereka di tangkap polis di atas kejadian yang tidak di ingini bersama bapa mereka. Adik bongsu mereka selaku pakar buka peti besi bernama Keyrol (Syafiq Kyle). Keyrol dipenjarakan selama 10 tahun. Along (Dato’Aaron Aziz) membuat keputusan untuk tidak lagi melakukan rompakan berprofil tinggi.

Selepas 10 tahun di penjarakan Keyrol telah di bebas dari penjara, tiba-tiba mereka diugut oleh penjahat yang inginkan jongkong emas yang mereka rompak 10 tahun dahulu. Mereka juga mendapat ancaman bunuh dan diminta buat balik kerja rompakan jika mahu selamat. Along membuat keputusan untuk kali terakhir demi menyelamatkan adik-adik dan keluarganya. Tugas mereka berlima kali ini dikehendaki merompak cincin pusaka Lima Gading. Ketua Lima Gading telah meninggal dunia menjadikan tampuk kekuasaan harta dan nama bertukar kepada pewaris lelaki beliau bernama Bashir ( Tony Eusoff) dalam masa yang sama ada tangan ghaib tidak mahu Bashir menaiki takhta. Jadi tugas adik beradik ini adalah mengagalkan majlis perlantikan dengan mencuri cincin warisan Lima Gading.

Filem ini memulakan penggambaran sebelum MCO lagi pada tahun 2019 tapi tertangguh kerana Wabak Covid 19 dan kembali bersambung hingga ke tahun 2024 baru dapat di tayangkan. Melihat hasil yang cemerlang tidak sia-sia menantikan walau lama bukan senang mahu lihat abang Remy Ishak kita menari ‘Tango’ bersama Maya Karin primadona Malaya. Mimi Lana berwatakan seperti ‘Tomboy’ dan aksi Syafiq Kyle ala-ala James Bond 007. Ray Deejay Era.Fm juga rupanya berbakat dalam lakonan apatah lagi kerektor dia sebagai ‘Hackers’ katanya dia mengambil masa sebulan lebih untuk berlatih menaip coding hacker untuk menampak kan wataknya natural. Remy Ishak dan Maya Karin juga mengambil masa selama 6 minggu untuk berlatih Tango. Syafiq Kyle juga sampai demam bila tergantung terlalu lama di dalam set lif.

Tahniah kepada semua! Marilah semua menonton secara santai di pawagam berdekatan rumah anda bermula 23 Mei 2024 pasti tidak akan menyesal!