February 11, 2025

PUTRAJAYA – Pembukaan Restoran Rebung Chef Ismail 2 di Taman Seri Empangan yang berhadapan dengan Putrajaya International Convention Centre (PICC), pastinya akan menjadi tarikan warga Putrajaya dan sekitarnya untuk menikmati juadah berbuka puasa sepanjang tempoh bulan Ramadan bermula dari 12 Mac hingga 8 April 2024. Dengan menampilkan tema “Ceq Lapaq Nasik lah!” menjadikan menu pakej bufet Ramadan pada tahun ini berbeza sedikit dari tahun sebelumnya. 

Untuk tahun 2024 ini, pengunjung dapat merasai sendiri sajian istimewa dari Chef Ismail antaranya Nasi Lemuni, Nasi Daging, Nasi Ikan, Nasi Ulam dan Nasi Kerabu. Setiap jenis hidangan nasi ini, didatangkan dengan set yang merangkumi lauk utama dan lauk sampingan yang dimakan bersama nasi-nasi tersebut. Disamping itu, hidangan-hidangan lauk pauk lain juga ada disediakan beserta aneka kuih muih dan manisan sebagai pemanis mulut.

Harga untuk bufet Ramadan di Restoran Rebung Chef Ismail 2 ini hanyalah RM 99 sahaja untuk pengunjung dewasa dan RM 69 bagi kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun. Pengunjung yang datang ke sini boleh menikmati pelbagai juadah yang disediakan oleh Chef Ismail dan dibantu oleh kakitangan yang sememangnya sangat mahir dalam pengurusan penyediaan pemakanan. Begitu juga dengan lauk utama yang disajikan ianya sangat lazat dan menyelerakan antara lauk utama yang disajikan seperti Gulai Kawah Kambing, Daging Salai, Telur Itik dan Rebung Perut Masak Lemak Cili Api, Tempoyak Ikan Patin serta pelbagai jenis ulam-ulaman.

Terdapat pelbagai gerai aneka makanan dan minuman yang disediakan dalam restoran tersebut bagi melancarkan pengunjung untuk membuat pilihan dalam memilih juadah berbuka puasa. Gerai-gerai tersebut menyediakan lauk sampingan seperti Sup Tulang, Martabak ayam dan daging, set Nasi Kerabu Kelantan, set Nasi Ikan (Nasi Ikan Basmathi & Ikan Tenggiri Goreng), set Nasi Daging (Nasi Daging Basmathi & Air Asam Kerisik), Laksa Penang dan banyak lagi.

Restoran Rebung Chef Ismail 2 ini telah menyediakan ruang makan yang mampu menampung kapasiti pengunjung sehingga 300 orang pada satu masa. Terdapat juga 4 bilik kecil yang boleh memuatkan sehingga 12 orang untuk setiap bilik. Ruang makan beserta pentas juga ada disediakan. Ruang Solat (Surau) lelaki dan perempuan yang mampu menampung sehingga 20 orang pada satu masa. Begitu juga dengan kemudahan tandas lelaki dan perempuan yang sentiasa dalam keadaan bersih. Disediakan juga bilik mesyuarat yang bakal dibuat pada masa yang akan datang dan juga studio house untuk program kelas memasak dan rakaman program memasak (kadar sewa dikenakan) juga dalam perancangan. Disamping itu, Restoran Rebung Chef Ismail 2 juga telah menyediakan perkhidmatan sewaan bilik dan katering samada di Restoran Rebung 2, kediaman pelanggan ataupun di pejabat untuk mereka yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa di tempat sendiri.

Selain itu Restoran Rebung Chef Ismail 2 juga akan membuat bufet Hari Raya yang menggabungkan hidangan buffet makan tengahari dan bufet makan malam beserta tempahan menu sempena Hari Raya seperti Lemang, Ketupat Palas, Rendang dan lain-lain. 

Bagi promosi sempena Hari Raya ianya akan bermula pada 16 April 2024 sehingga 9 Mei 2024. Promosi ini akan dibuat sebanyak 3 sesi, bermula jam 11 pagi hingga 2 petang (sesi 1), jam 3 petang hingga 6 petang (sesi 2) dan jam 7 petang hingga 10 malam (sesi 3). Harga yang ditawarkan adalah RM 79 nett untuk dewasa dan RM 59 nett untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun.

Untuk tempahan berbuka puasa boleh menghubungi di talian 011 6745 3535 / 011 6743 5355 atau melayari laman sosial Rebung Chef Ismail 2 di Facebook, Instagram dan Tiktok.