May 22, 2024

KUALA LUMPUR – Rilisan terbaharu dari KGE Studio mempersembahkan sebuah lagu raya bertajuk “Raya, Janji Happy” kolaborasi bersama Asmidar, Aizat Amdan dan Mimpi Kita. Lagu ini, bagaikan membawa anda ke zaman 50-an, jadi pilihan bunyi-bunyi di dalamnya berpandukan zaman itu.

Band Thunderclap

Band “Thunderclap” ini, adalah sebuah projek band raya gandingan Asmidar (vokal), Aizat Amdan (vokal dan gitar) dan Ruvi (snare).

Ruvi (snare), Asmidar (vokal) dan Aizat (vokal dan gitar)

Tercetusnya idea untuk lagu “Raya, Janji Happy” adalah apabila Aizat dan Asmidar ingin memberi penghormatan kepada arwah nenek dan moyang mereka. “Arwah Opah saya pernah pesan dekat saya untuk buat lagu asli setelah mendengar saya cover lagu “Nak Dara Rindu” daripada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Jadi ini adalah kehormatan untuknya”, kata Aizat Amdan.

Aizat dan Asmidar

Muzik Video lagu “Raya, Janji Happy” akan dikeluarkan pada 1 April 2023 di Youtube KGE Studio.

Kredit foto : Papa Din