MELAKA – Akademi Rakan Muda adalah salah satu inisiatif oleh Rakan Muda melalui Impact Malaysia untuk memperkasa belia dalam mencipta impak positif dalam komuniti. Program inkubator impak sosial untuk changemakers belia ini telah bermula dari September lalu dan baru sahaja menamatkan fasa keduanya iaitu Bengkel Akademi Rakan Muda selama lima hari di Hotel Bayview, Melaka.Ā
Akademi Rakan Muda dicipta untuk memperkasa belia dalam mencipta impak sosial yang mampan dalam komuniti dengan melengkapkan mereka dengan pengetahuan, kemahiran dan sumber yang diperlukan. Program ini merangkumi fasa jangkauan, bengkel, bimbingan mentor, serta pemantauan dan penilaian projek semasa pelaksanaan projek.Ā
Bengkel Akademi Rakan Muda telah dihadiri olehĀ 50 orang pesertaĀ (5 orang setiap projek) berbilang kaum dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.Ā 10 projek impak sosial yang dipacu golongan belia telah dipilih daripada keseluruhan 96 projek yang memohon berdasarkan impak yang ingin mereka bawakan kepada komuniti mereka, selaras dengan gaya hidup Rakan Muda. Setiap projek terpilih akan menerima Dana Akademi Rakan Muda bernilai sehingga RM30,000 dan mestilah melaksanakan projek mereka dalam tempoh masa maksimum dua bulan.Ā
Zul Imran Ishak, SAVP Program & Pembangunan, Impact Malaysia, semasa di hari penutupan bengkel berkata, āMasa depan yang mampan bermula dengan belia yang berani mempunyai impian dan bertindak untuk mengubah status quo. Kita mahu belia untuk tidak hanya bercakap-cakap tentang perubahan, tapi lakukan sesuatu untuk perubahan yang baik kepada komuniti. Di Akademi Rakan Muda, kami berusaha untuk memberi sokongan yang tepat supaya setiap belia mampu mencipta impak yang bukan sahaja bermakna untuk komuniti mereka, tetapi juga mampu berkembang dan berkekalan.āĀ
Ahmed Faris Amir, Ketua Pegawai Eksekutif Impact Malaysiapula berkata, āAkademi Rakan Muda membuka jalan kepada belia untuk mencipta impak yang lebih daripada sekadar projek sementara. Ia adalah transformasi sosial yang berakar umbi dalam komuniti, berskala besar, dan bertahan lama.”Ā
Berikut adalah senarai 10 projek yang menerima Dana Akademi Rakan Muda, sehingga RM30,000 setiap projek:Ā
No. | Nama Projek | Negeri | Gaya Hidup Rakan Muda |
1. | Kaya Raya: Program literasi kewangan yang melibatkan permainan papan (āboard gamesā) Kaya Raya yang dicipta khas untuk belia universiti dan pelajar sekolah. | Seluruh negeri Johor | Rakan Prihatin |
2. | Suara Kami, Naratif Kami: Program untuk meningkatkan keyakinan diri dan apresiasi budaya dalam kalangan belia Orang Asli. | 3 KOA di Perak, Selangor & Kuala Lumpur | Rakan Demokrasi, Rakan Ekspresi |
3. | Better Living with Myskills: Belia TVET menggunakan kemahiran yang mereka pelajari untuk membaiki kerosakan rumah di komuniti, mengajar komuniti kemahiran menyelenggara rumah dan meningkatkan kualiti kehidupan komuniti rentan. | Daerah Muallim, Perak | Rakan Mahir, Rakan Prihatin |
4. | Akademi Suarabayu: Program pemerkasaan belia di dalam industri muzik indie di Sabah, menerusi bengkel rakaman, hak cipta, program mentor, penciptaan video muzik dan showcase pelancaran. Antara jurulatih dan mentor yang terlibat adalah Amir Jahari dan Taja (Meet Uncle Hussain). | Seluruh negeri Sabah | Rakan Muzik, Rakan Ekspresi |
5. | Connect & Conserve Limestone: Projek belia komuniti mendaki untuk meningkatkan konservasi batu kapur menerusi program pendidikan ekologi dan ekspedisi di kawasan batu kapur sekitar Lembah Kinta, Perak. | Kinta, Perak | Rakan Bumi, Rakan Prihatin |
6. | Bumi Tuba: Projek rintis perusahaan sosial untuk meningkatkan pendapatan dan menjaga alam sekitar menerusi perniagaan pembuatan barang mandian menggunakan minyak terpakai di Pulau Tuba, Langkawi. | Langkawi, Kedah | Rakan Bumi |
7. | The Dream Team: Akademi bola sepak yang bertujuan untuk membina karakter dan jati diri belia di pedalaman Sarawak. | Sibu, Sarawak | Rakan Aktif, Rakan Prihatin |
8. | GoodKids Academy x PPR Documentary: Projek inkubator kesihatan mental untuk belia dan kanak-kanak PPR, dan pembikinan dokumentari untuk advokasi kesihatan mental kepada masyarakat. | PPR Lembah Subang, Selangor | Rakan Prihatin |
9. | Your 3B Formula: Bake, Brand, and Biz: Projek latihan kemahiran dan keusahawanan industri bakeri untuk komuniti anak muda rentan di Selayang. | Selayang, Kuala Lumpur | Rakan Niaga, Rakan Mahir |
10. | Demokrat Youth Development Academy: Projek untuk memberdayakan belia untuk menjalankan program advokasi sekitar isu pendidikan, gender dan OKU menerusi bengkel, penghasilan kertas polisi dan kerjasama erat bersama NGO dan pembuat polisi. | Kuala Lumpur | Rakan Demokrasi |
Peserta pasukanĀ Suara Bayu, Rohaiza Rosliberkata, āKami ingin membawa perubahan dengan menyampaikan ilmu muzik dari Semenanjung ke Sabah, agar penggiat seni Sabah lebih terdedah kepada industri muzik. Tidak semua orang Sabah dapat ke Semenanjung, jadi Akademi Suara Bayu adalah platform untuk berkongsi pengetahuan. Kami ingin mengubah mentaliti dan memberikan peluang kepada penggiat seni di Sabah untuk berkembang, kerana ramai yang berbakat dalam muzik. Kami ingin lihat penggiat seni di Sabah dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan yang lain.āĀ
Peserta pasukanĀ Bumi Tuba, Idreenaberkata, āMisi kami adalah untuk mengatasi impak negatif daripada pembuangan minyak masak terpakai dengan mempromosikan penyelesaian yang mesra alam oleh belia. Melalui projek Bumi Tuba, kami akan mengubah minyak terpakai ini menjadi sabun, menunjukkan pendekatan yang mampan terhadap sisa. Untuk memastikan impak jangka panjang, kami juga sedang membangunkan sistem rantaian produk yang merangkumi pemasaran, logistik, dan jualan dengan kerjasama Koperasi Pulau Tuba. Saya yakin, kami mampu membuat perubahan ini.āĀ
Akademi ini juga melibatkan seramaiĀ 10 orang mentorĀ dalam kalangan pakar industri dan pemimpin komuniti yang berpengalaman luas dalam bidang mereka untuk menawarkan khidmat bimbingan, nasihat dan sokongan kepada setiap pasukan agar matlamat projek mereka tercapai. Mentor-mentor terlibat adalahĀ Melissa IdrisĀ (Penyampai Berita, Wartawan),Ā Rizan HassanĀ (Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran),Ā Mohd Faiz Azizi (Gjie Arlis)Ā (Komposer, Gitaris kumpulan 6ixth Sense dan Akim & The Majistret),Ā Ahmad Faedzal Md RamliĀ (Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara),Ā Divya DeviĀ (Ketua Unit Belia & Masyarakat Sivil, MyCatalyz),Ā Zufara ArneedaĀ (Pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman),Ā Justin CheahĀ (Kechara Soup Kitchen),Ā Nur Mizani Abdul RahmanĀ (āIndustry Business Coachā bidang Bakeri, INSKEN),Ā Misha RomliĀ (Ketua Komuniti PPR Lembah Subang 1), danĀ Shakila ZenĀ (KUASA Perak).Ā
Program ini akan diteruskan lagi sehingga Januari tahun hadapan dan melibatkan pelbagai fasa merangkumi reka bentuk projek, bengkel, pelaksanaan, bimbingan, pemantauan dan penilaian yang rapi. Jangka masa keseluruhan program Akademi Rakan Muda adalah seperti berikut:Ā
1. | Tempoh pendaftaran dan jangkauan Akademi Rakan Muda | 1 – 30 September 2024 | Seramai 270 peserta dari seluruh Malaysia telah menyertai Hari Terbuka Akademi Rakan Muda di 6 negeri dan 10 lokasi. Kempen penyerahan cadangan projek secara atas talian juga dibuka selama 1 bulan untuk belia dari seluruh negara. |
2. | Bengkel Akademi Rakan Muda | 16 – 20 Oktober 2024 | Dijalankan di Melaka, dan melibatkan seramai 50 peserta dari seluruh negara telah terpilih untuk menyertai program ini dengan kepelbagaian kaum: Melayu (14 orang), India (15 orang), Bumiputera Sabah (6 orang), Cina (5 orang), Orang Asli (5 orang), dan Bumiputera Sarawak (5 orang). |
3. | Pelaksanaan Projek | 1 November – 24 Disember 2024 | |
4. | Mentoring | 1 November – 24 Disember 2024 | |
5. | Pemantauan & Penilaian | 1 Januari – 30 Mei 2025 |