April 16, 2024

PUCHONG – Anugerah Lagu Indie 2023 (#ALI2023) telah mengumumkan senarai penuh Finalis-finalis Top 5 bagi kategori Pop, Rock dan Hip Hop secara eksklusif di Majlis Pengumuman Finalis yang berlangsung di ESI Hub, Spacerubix pada petang tadi 21 Februari 2024. 

Memasuki tahun keempat penganjuran, #ALI2023 kembali lebih mantap dan konsisten memperkasa perjuangan komuniti seni muzik indie bakat anak Malaysia. Beberapa kelainan telah disuntik dalam musim ini dengan memperkenalkan kategori- kategori lagu terbaik di bawah genre Pop, Rock, dan Hip Hop. 

Selain penambahan kategori, Anugerah Lagu Indie 2023 menambah baik format pemarkahan melibatkan 30 peratus undian awam daripada atas talian manakala 70 peratus pemarkahan juri profesional. Dan paling menarik, hadiah wang tunai terkumpul berjumlah RM 36,000 menanti juara Anugerah Lagu Indie 2023. 

Ahmed Faris Amir, Penerbit Eksekutif Anugerah Lagu Indie berkata, “Tahun ini, kami telah menerima 626 buah lagu dan lebih 11 ribu undian awam merentasi kategori genre telah diterima oleh #ALI2023 pada tahun ini. Sejak penganjurannya pada tahun 2020, Anugerah Lagu Indie masih kekal meraikan pelbagai sempadan runut dan komposisi. Sebanyak 15 lagu layak bertanding dan membuat persembahan di Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023 yang akan dilangsungkan pada 7 Mac 2024 nanti.”

Jennifer Thompson, Penerbit Eksekutif Bersama Anugerah Lagu Indie berkata, “Lagu-lagu yang disenarai pendek sebagai Finalis Anugerah Lagu Indie telah dipilih berdasarkan aspek kualiti lagu. Lagu yang dipilih dan dicalonkan mestilah mempunyai lirik dan muzik yang asli. Kesemua lagu yang diterima telah dipilih berdasarkan markah yang diberikan oleh Juri Profesional iaitu sebanyak 70%, dan melalui undian awam di anugerahlaguindie.com.my sebanyak 30%.” 

Anugerah Lagu Indie 2023 disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan, Gaya Hidup Rakan Muzik, Rakan Muda: Motosikal Rasmi, Honda Motorcycle Malaysia; Penaja Makanan, 1901 Hot Dog Malaysia; Radio Rasmi, Rakita 107.9; Rakan-rakan Media yang bersama-sama menyokong semangat Anugerah Lagu Indie, Medialah!, Media Variasi, Selebriti Online, Malaysia Music Scene, Malaya Roll, Big Media Works, Malaysia Tribune, Relevan, Writer’s Daily, LUAS, dan Pocket News Media, serta Rakan Kerjasama Anugerah Terpaling Platinum CIK, Yoodo. 

Jangan lupa untuk menonton Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023 di laman YouTube Anugerah Lagu Indie pada 7 Mac 2024 jam 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam. 

Senarai Finalis Anugerah Lagu Indie 2023 

Top 5 Kategori Hip Hop Terbaik 

Ice Cold Castle

  • Komposer Oleh: Jeffery Chong, Ooi Chen Chun, Ammar Ariff, Danish Hakimi. 
  • Lirik Oleh: Jeffery Chong, Ammar Ariff, Danish Hakimi 
  • Artis: Yung Kai, Nakalness, Akkimwaru.

Candy Mind

  • Komposer Oleh: Sya 
  • Lirik Oleh: Sya & Senna 
  • Artis: Sya 

Lxf 

  • Komposer Oleh: Sabbala, Rahhh5kaki, Issa Goodmusic, Jaymhd7, A.D.K., Zemo, Benzooloo, Danye, Rebel Asia & Dj Ruckes 
  • Lirik Oleh: Sabbala, Rahhh5kaki, Issa Goodmusic, Jaymhd7, A.D.K., Zemo, Benzooloo, Danye, Rebel Asia & Dj Ruckes 
  • Artis: Lxf 

Gard O Gard 

  • Komposer Oleh: Uzayr Muhammad Dan Jeffrey Affandy 
  • Lirik Oleh: Uzayr Muhammad Dan Jeffrey Affandy 
  • Artis: 53 Universe 

Mimpi Untuk Semalam 

  • Komposer Oleh: Dafreakinaz, Jaystation, Quai 
  • Lirik Oleh: Jaystation, Quai 
  • Artis: Slatan / Jaystation, Quai 

Top 5 Kategori Pop Terbaik 

Pura 

  • Komposer Oleh: Fatin Faizal 
  • Lirik Oleh: Fatin Faizal 
  • Artis: Fatin Faizal 

Pembunuh Malam 

  • Komposer Oleh: Hazeeq Hilman & Muhd Haziq 
  • Lirik Oleh: Hazeeq Hilman & Muhd Haziq 
  • Artis: Lunar

Stargazing 

  • Komposer Oleh: Odelia Tirza 
  • Lirik Oleh: Odelia Tirza 
  • Artis: Odelia Tirza 

 Luka 

  • Komposer Oleh: Lily Jannah 
  • Lirik Oleh: Lily Jannah 
  • Artis: Lily Jannah 

Derana

  • Komposer Oleh: Syahir Cherpen 
  • Lirik Oleh: Syahir Cherpen 
  • Artis: Heidi & Ruang Hati 

Top 5 Kategori Rock Terbaik 

Jiwa (Takhta Milik Kita) 

  1. Komposer Oleh: Aimran, Faz, Adry, Shahril 
  2. Lirik Oleh: Shahril Redzwan 
  3. Artis: Akta 

In The Haze 

  1. Komposer Oleh: Chia Shock Hong, Bryan Lu 
  2. Lirik Oleh: Chia Shock Hong 
  3. Artis: Math Class 

Inti Sari 

  1. Komposer Oleh: Hayzeeq Iman, Daniel Aswad & Harith Zikry 
  2. Lirik Oleh: Hayzeeq Iman & Daniel Aswad 
  3. Artis: Zerophobia 

Terra Luna 

  1. Komposer Oleh: Crazy Grizzly 
  2. Lirik Oleh: Mustika Sari 
  3. Artis: Crazy Grizzly 

Souled Out 

  1. Komposer Oleh: Vota 
  2. Lirik Oleh: Vota 
  3. Artis: Vota