Rockology Concert Tour 2025 Tawar Pelan Bayaran Mudah Untuk Peminat Rock

Kuala Lumpur, 28 Mei 2025 – Dalam usaha memberi peluang kepada lebih ramai peminat menikmati konsert rock berskala besar, Rockology Concert Tour 2025 kini tampil dengan pelan bayaran mudah – satu langkah progresif yang pasti mengujakan peminat tegar muzik rock tanah air.

Dengan hanya bayaran pendahuluan 50%, peminat sudah boleh menempah tiket mereka lebih awal dan menyelesaikan baki bayaran selewat-lewatnya tujuh (7) hari sebelum konsert berlangsung. Inisiatif ini diperkenalkan oleh penganjur, RPM Events Sdn. Bhd., bagi memberikan fleksibiliti kewangan kepada penonton, terutama dalam situasi ekonomi semasa.

“Rock adalah untuk semua. Kami mahu semua peminat berpeluang untuk ‘lock’ tempat duduk mereka lebih awal tanpa beban kewangan serta menikmati persembahan ikonik daripada dua nama besar ini,” ujar Dato’ Eddy, Pengarah RPM Events.

Antara nama besar yang bakal menggamatkan pentas ialah Dato’ Awie dan Search (Kid Din) – dua ikon rock tanah air yang dijangka menarik ribuan peminat di setiap lokasi.

Jadual Konsert Rockology 2025

21 Jun 2025 – Midtown PERDA, Pulau Pinang 5 Julai 2025 – EduCity Sports Complex, Johor

Konsert ini bakal menampilkan gabungan persembahan penuh tenaga, elemen nostalgia dan kehebatan produksi yang menjanjikan pengalaman luar biasa buat peminat.

Harga Tiket

Pulau Pinang:

Free Standing – RM98 Rockzone (Standing) – RM158 Gold (Seated) – RM218

Johor:

Free Standing – RM98 Bronze (Free Seating) – RM98 Silver (Free Seating) – RM128 Rockzone (Standing) – RM158 Gold (Numbered Seating) – RM188 Diamond (Numbered Seating) – RM350

Tiket boleh dibeli secara dalam talian menerusi platform rasmi UberTickets dengan memilih opsyen bayaran 50/50 semasa proses pembelian. Namun, pembeli diingatkan bahawa tiket yang tidak dilunaskan sepenuhnya selepas tempoh ditetapkan akan terbatal dan bayaran pendahuluan tidak akan dikembalikan.

Peluang Penajaan Korporat Dibuka

Dalam pada itu, pihak penganjur turut membuka ruang kepada syarikat korporat dan rakan jenama yang ingin menaja atau berkolaborasi dengan konsert ini. Penajaan menawarkan pelbagai manfaat termasuk:

Pendedahan jenama kepada ribuan penonton Aktivasi jenama di lokasi konsert Promosi bersama dan liputan media nasional

“Ini bukan sekadar konsert – ini adalah satu gerakan dengan semangat rebel dan energi muzik rock. Kami alu-alukan mana-mana syarikat yang mahu tampil menyokong industri hiburan tempatan,” tambah Dato’ Eddy.

Dengan sistem bunyi bertaraf dunia dan produksi pentas yang dijanjikan setaraf konsert antarabangsa, Rockology Concert Tour 2025 dijangka menjadi salah satu acara muzik paling berpengaruh tahun ini.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, layari: https://rpm.ubertickets.asia