Sa Aida buat ‘live stream’ guna tiga bahasa

KUALA LUMPUR – Bangsa atau kepercayaan tidak lagi diambil kira dalam meraikan sesuatu perayaan, seperti yang dibuktikan oleh penstrim langsung berbakat berketurunan Melayu ini! Beliau menunjukkan kepada semua erti sebenar kehidupan dalam masyarakat berbilang bangsa dengan menulis ucapan Tahun Baharu Cina pada sehelai kain batik dan mengucapkan “Heng, Ong, Huat” dalam Bahasa Hokkien yang sempurna, lantas menarik perhatian netizen berbangsa Cina yang memuji kemahirannya dan menerima dengan sepenuh hati ucapan yang diberikan oleh beliau.

Kesibukan sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba tidak lama lagi turut dirasai di segenap sudut media sosial dengan kemeriahan lagu-lagu yang penuh keriangan. Namun siapa sangka, video temu bual oleh warga Malaysia ini menjadi tular dan menjadi perbualan dengan mencecah sebanyak 190,000 jumlah tontonan hanya dalam masa 4 hari selepas dimuat naik.

Sa Aida mendapat pendidikan awal di sekolah vernakular Cina

Beliau adalah Sa Aida (BIGO ID: sa.ai.da), seorang penstrim langsung berbangsa Melayu berasal dari Utara Malaysia, yang berkebolehan bercakap dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin, kerana pendidikan awalnya di sekolah vernakular Cina.

“Semasa Tahun Baharu Cina, semua saudara-mara akan berkunjung ke rumah kami. Jika kami mahu bercerita tentang rahsia yang tidak boleh diketahui oleh ibu bapa kami, kami akan bercakap dalam bahasa Cina,” ujar Sa Aida sambil berseloroh.

“Pernah sekali saya menonton strim langsung dan ternampak seorang warga Korea di platform tersebut. Beliau dengan sabar mengajar seorang kanak-kanak berkeperluan khas sebutan bahasa Korea yang betul, ianya sangat mengagumkan saya!”

“Untuk menjana pendapatan sampingan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya mula melakukan strim langsung,” kongsi pencipta kandungan ini.

Walaupun penguasaan Bahasa Mandarin Sa Aida hanya di tahap sekolah rendah, beliau masih boleh bertutur dengan fasih sehingga ke hari ini

“Sewaktu saya mula melakukan strim langsung, saya mencuba pelbagai jenis kandungan termasuklah cosplay, solekan, melukis batik, menyanyi dan sebagainya. Strim langsung membolehkan saya untuk mengenali rakan-rakan dari seluruh dunia yang mempunyai minat yang sama, ianya sangat menarik!”

“Memandangkan Tahun Baharu Cina yang hampir tiba, ramai penonton meminta saya untuk menyanyikan lagu Tahun Baharu Cina sewaktu bersiaran langsung, mereka juga memberikan saya nasihat dan sokongan dari semasa ke semasa. Interaksi seperti ini sememangnya hebat!”

Strim langsung Sa Aida mencuri perhatian di BIGO LIVE dan turut menarik ramai pengikut berbangsa Cina

Sa Aida turut menyanyikan lagu klasik Tahun Baharu sewaktu ditemu bual, sebutannya yang jelas dan tepat ternyata mengagumkan.

Bersempena dengan perayaan yang bakal tiba nanti, pencipta kandungan berbakat ini turut membuat ucapan selamat Tahun Baharu dan lukisan Tahun Arnab menggunakan teknik lukisan tradisional batik Melayu. Kebolehan beliau itu ternyata mempamerkan kepelbagaian budaya yang cukup sinonim dengan Malaysia.

pencipta kandungan berbakat ini mahir melukis batik

“Saya sentiasa berasa sangat bertuah sebagai rakyat Malaysia. Masyarakat berbilang bahasa kita benar-benar menjadikan interaksi seharian begitu unik dan menarik!”

“Kita bukan hanya beridentitikan Melayu, Cina, atau India, kerana kita semua adalah rakyat Malaysia!”Di penghujung temu bual itu, Sa Aida mengucapkan Selamat Tahun Baharu dalam Bahasa Mandarin kepada semua sambil menyatakan “Heng, Ong, Huat” yang cukup ikonik dan biasa diucapkan oleh masyarakat Hokkien. Sebutannya yang hampir serupa itu membawa lebih banyak pendedahan kepada strim langsungnya dan mendapat pujian daripada netizen, yang turut menerima ucapan ikhlasnya dengan sepenuh hati.