March 2, 2024

Sempena sambutan hari Krismas bawalah bersama keluarga, kenalan atau rakan sekerja anda di The Face Style Hotel Kuala Lumpur untuk menikmati sajian makanan terbaik di tengah kotaraya Kuala Lumpur.

Menyajikan pelbagai masakan yang lazat di seluruh lembah klang dengan menampilkan Ayam Herba Panggang yang juicy, Pasta Penne Aromatic dengan sos putih herba salmon juga Roasted Turkey yang panas dari oven!.

Terdapat juga Beeff Striploin, Sate Malaysia dan hidangan Pizza juga Kari Kepala Ikan. Disulami dengan aneka dessert dan juga sup untuk anda nikmati disamping meraikan hari Krismas bersama yang tersayang.

Kehadiran Santa Claus pastinya ditunggu-tunggu oleh semua terutama kanak-kanak. Mereka mendapat hadiah istimewa dan dihiburkan dengan keletah sang Santa.

Pakej berharga RM188 untuk dewasa, RM99 untuk kanak-kanak (berusia 5-12 tahun) dan Warga Emas. Dengan pembelian untuk 2 orang dewasa, pengunjung layak untuk menerima penginapan 2 hari 1 malam di The Face Style Executive Deluxe dan makan malam untuk 1 orang di Deep Blue, The Face Suite di malam sambutan tahun baru 2024. Dengan pemandangan indah dihiasi lampu berwarna warni di bangunan pencakar langit sekitar Kuala Lumpur anda juga dapat menyaksikan panorama langit malam tatkala menunggu detik 12 malam!.

Bukan hanya untuk sambutan krismas, The Face Style juga menyediakan pakej dan harga menarik untuk anda abadikan momen terindah apabila bercuti. Layari laman rasmi The Face Style Hotel Kuala Lumpur untuk mengetahui promosi terkini di https://linktr.ee/thefacehospitality.