December 6, 2023

KUALA LUMPUR – “Sampai Bila” adalah sebuah lagu baharu bergenre pop balada yang ditulis oleh Mizie Kamis dan saudara Hamie Surzair. Lagu ini mengangkat tema pergolakan hubungan dalam perkahwinan yang menjadi isu hangat yang diperkatakan dalam masyarakat kita ketika ini.

Salah satu faktor yang sering menyebabkan terjadinya keretakan antara pasangan adalah hubungan jarak jauh antara suami dan isteri. Kesedaran yang rapuh terhadap pentingnya kesetiaan , kejujuran dan penerapan nilai agama dalam hubungan perkahwinan seringkali membuat mereka lupa akan ikatan perkahwinan tersebut.

Melalui lagu ini, para pendengar diundang untuk selalu menghargai kesetiaan, kejujuran pasangan dalam membangun hubungan perkahwinan yang bahagia. Lagu ini mengajak pendengar untuk merenungkan pentingnya membangun mahligai kasih dalam rumahtangga dengan penuh kesetiaan dan kejujuran. 

Mizie Kamis

Diharapkan “Sampai Bila” dapat menyentuh hati dan menginspirasi pendengar dalam memperkuat hubungan perkahwinan mereka dengan nilai-nilai yang positif.

Melalui lirik yang mengalun indah dan emosional, lagu “Sampai Bila” juga menggambarkan perasaan kesedihan, kekecewaan, dan ketidakpastian yang mungkin dirasakan oleh pasangan yang mengalami keretakan dalam hubungan mereka. Lagu ini mengajak pendengar untuk merenungkan betapa pentingnya komunikasi yang baik, saling memahami, dan memberikan dukungan satu sama lain dalam menghadapi tantangan kehidupan perkahwinan. Dengan harapan bahwa lagu ini dapat membangkitkan kesedaran dan menyampaikan pesan bahwa hubungan yang kuat dan bahagia memerlukan kerja keras, pengorbanan, dan kesetiaan.

“Sampai Bila” jika melihat dari segi luaran lirik mungkin kita merasakan ianya hanya sekadar lagu percintaan biasa dan tiada nilai. Tetapi hakikatnya Lagu dan lirik ini diterjemahkan oleh Komposer dengan hasrat yang satu dan mendalam bagi meluahkan rasa yang patut ada dalam diri setiap insan yang bergelar suami dan isteri. 

Bagi Mizie sebagai salah seorang Komposer dalam lagu ini, ini adalah lagu yang sangat berbeza dari lagu-lagu yang pernah dihasilkan sebelum ini dari aspek konsep lagu lirik serta muzik yang ditampilkan untuk pendengar. Dengan hasrat yang satu “Sampai Bila” dapat menjadi lagu yang menjadi tumpuan ramai setelah dilancarkan di semua media digital yang ada.

Mizie Kamis – Sampai Bila (Official Music Video)