
KUALA LUMPUR – Baru-baru ini nama penyanyi Adami Hairi menjadi bualan dan menerima pelbagai reaksi apabila sekeping gambar yang menayangkan susuk tubuh badan dengan aksi ‘ghairah’ telah mencetuskan kontroversi di Instagram miliknya.
Adami menjelaskan bahawa gambar yang dimuat naik di Instagram miliknya itu dianggap tidak keterlaluan dan bukan sengaja untuk mencetuskan kontroversi. Walaupun gambar tersebut telah berlegar di media sosial, Adami tidak mudah melenting dan tetap tenang menghadapi isu tersebut.

“kalau yang melihat itu dari sudut negatif, ianya akan jadi negatif pada gambar tersebut, cuba bawa bertenang semua,” ujarnya saat dihubungi oleh pihak media.
Adami juga menjadikan perkara yang telah berlaku ini sebagai satu bentuk pengajaran buat dirinya dan akan lebih berhati-hati untuk memuat naik segala kandungan di media sosial.
“Apapun selepas ini saya akan lebih berhati-hati untuk apa sahaja yang saya nak posting di media sosial,” kata pelantun lagu forte itu.