December 4, 2024

PANAS apabila baru-baru ini nama Adami Hairi jadi bualan apabila dikatakan menjadi penghalang perhubungan seorang individu. Pihak media mendapatkan berita dan cuba menghubungi untuk mendapatkan maklumat kesahihan dari empunya badan.

Pelantun lagu Forte dan Legato ini menyatakan tidak pernah menjadi penghalang hubungan mana-mana pihak. Menurut Adami beliau senang dikelilingi oleh sesiapa pun tetapi sama sekali tidak pernah menggangu hak orang lain seperti mana yang diperkatakan.

“saya sendiri berkawan dengan semua orang dan saya sendiri akui tidak ramai kenalan rapat,” ujarnya.

Timbul isu mengenai muat naik status di laman sosial milik beliau, Adami menjawab itu hanya sebagai satu bentuk luahan sahaja dan tidak lebih daripada itu.

“Ada benda yang boleh dikongsi dan ada yang kita sendiri yang cuba atasi, sejujurnya memang bila dalam industri segala tindak tanduk menjadi perhatian, itu lumrah dalam dunia seni.

“Buat masa ini saya lebih fokus kepada keluarga dan tumpu pada kerja sahaja. Kalau nak kata saya jadi punca pergolakan rumahtangga orang lain, itu saya tak nak komen apa-apa, hanya mereka yang kenal dan rapat dengan diri saya sahaja yang tahu bagaimana saya yang sebenar.” Jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Adami yang masih aktif dalam bidang nyanyian menyifatkan perjalanan seninya masih seperti biasa dan sering menerima undangan nyanyian jika ada tawaran. Terdahuku beliau baru sahaja selesai dengan pelancaran single lagu terbaharu berjudul Angauku Mekar.