June 12, 2024

KUALA LUMPUR – Peminat genre rock khususnya di negeri Pahang pastinya cukup teruja untuk menyaksikan kehebatan kumpulan Search apabila bakal tampil dalam konsert Rock n Roll Pie yang akan berlangsung pada 21 Oktober 2023 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) di Indera Mahkota.

Kehadiran Search adalah sebagai tanda ingatan dan sokongan padu yang ditunjukkan oleh para penggemar muzik rock di Pantai Timur sejak dahulu hingga kini.

Search dibarisi Minn (dram), Kid (gitar), Denden (penyanyi), Noordin (gitar), Yan (bass) dan Firdaus (keyboard)

“Jika Kuala Lumpur terasa begitu jauh, biarlah Search sendiri datang ke ‘Kuantanamo’ untuk bertemu dan menghiburkan rockers Pantai Timur”, ujar Amir Shah Daud.

“Mungkin sudah tiba masanya untuk saya selaku penganjur membawa Search ke Kuantan meskipun saya tahu Search begitu sibuk dengan aktiviti seni mereka. Tidak salah rasanya saya menghimpunkn peminat mereka yang berada berdekatan dengan Pahang, Terengganu dan Kelantan”, tambahnya

Wakil penganjur Imaginex, Amir Shah Daud berkata penganjuran kali ini di laksanakan di pantai timur berpandukan kepada demografik peminat muzik rock di ketiga-tiga negeri tersebut yang turut menyumbang kepada berkembangnya pengaruh rock di sana.

Pastinya penampilan dua beradik ini ditunggu-tunggu oleh peminat

Tidak hairanlah mengapa filem ‘Fenomena’ menyaksikan penampilan khas kumpulan Search yang telah menjalani pengambaran di negeri pantai timur. Ianya sekaligus membuktikan bahawa roh Search cukup kuat di sini.

“Terdahulu saya merancang untuk mengadakan konsert tersebut di Kuala Lumpur, namun setelah berfikir panjang dan meneliti segala faktor termasuklah lambakan konsert yang di adakan di sekitar ibu kota, maka saya memilih ianya dilaksanakan di Kuantan”, ujarnya.

“Saya yakin pemilihan lokasi adalah bertepatan, lagipun harga tiket untuk menyaksikan konsert ini adalah cukup berbaloi dan ianya masih mampu untuk dibeli”

Meskipun SUKPA yang berkapasiti 3000 orang, beliau cukup yakin dengan trend pembelian tiket yang setiap hari pasti ada pembelian daripada peminat. Selain menawarkan pembelian menerusi online, pihak penganjur turut menyediakan khidmat jualan secara fizikal menerusi ajen-ajen rasmi jualan tiket.

“Pemilihan tema konsert Rock n Roll Pie kerana ianya membawa difinasi tersendiri, apatah lagi lagu-lagu yang terdapat dalam album tersebut juga jarang dipersembahkan kepada khalayak, saya pasti ramai peminat yang membesar dengan lagu-lagu terdapat dalam album yang diriliskan pada tahun 1996 ini”, ujarnya lagi.

“Aura Search yang dibarisi Noordin (gitar), Kid (gitar), Yan (bass), Denden (penyanyi) dan Minn (dram) pastinya akan memberikan ‘warna’ kepada konsert Search Rock n Roll Pie selain mengembalikan nostalgia peminat kepada lagu-lagu yang terdapat di dalam album tersebut”

“Peminat yang hadir bakal menerima poster edisi terhad dan ‘pick’ gitar yang akan diberikan secara rawak sewaktu konsert berlangsung”, ujarnya lagi.

Kehebatan vokal Denden juga menjadi faktor utama untuk peminat menyaksikan konsert Search ini

Peminat boleh mendapatkan tiket yang berharga RM130 (berdiri) dan RM95 (duduk). Pembelian secara online di www.ticket2u.com.my manakala pembelian secara fizikal boleh didapati dengan menghubungi ejen-ejen rasmi menerusi whatapps : 0102227465 (LeeSpace/ Seluruh Terengganu dan Chini), 0129889368 (Emma / Seluruh Terengganu/ Kelantan), 0179673439 (Lomi / Kuantan/Maran/Jengka/Temerloh/Bera/Muadzam Shah), 0179416154 (Amri /Maran/Jengka/Temerloh/Bera/Jerantut), 0193049881 (Matlie Booksote /Batu 3 Kuantan/Indera Mahkota/Jalan Gambang dan sekitar) dan 0189019941 (Sidang Kopi /Kuala Lipis/Gunung Tahan/Raub dan sekitar).