May 23, 2024

PETALING JAYA – Secret Recipe dan Universal Music Malaysia membuktikan sekali lagi bahawa anda boleh menikmati segalanya di samping kek yang enak! Dengan gabungan bakat pembuat kek terhebat Malaysia, jenama-jenama ini pasti akan memukau anda. Kerjasama yang memang sudah ditakdirkan ini membuktikan muzik yang hebat boleh dinikmati dengan juadah yang lazat. Ia bukan sahaja menggabungkan dua jenama besar yang mempunyai nilai serta prinsip serupa, tapi juga akan menawarkan sesuatu yang menarik dan berbeza buat semua.

Untuk memperingati kerjasama kukuh ini, orang ramai telah dihiburkan dengan sebuah konsert yang menampilkan bakat-bakat Universal Music Malaysia seperti Athalia, Bella Astillah, Meer Nash dan Yonnyboii. Mereka berjaya menghiburkan semua dengan persembahan yang sangat mantap.

Konsert ini juga menyediakan wadah buat artis tempatan untuk menyerlah dan merupakan bukti bagaimana kedua-dua jenama sentiasa fokus dalam mempromosi bakat serta hidangan tempatan. Selain itu, seorang lagi bakat tempatan  yang dipaparkan dalam kerjasama ini adalah Cef Selebriti Anis Nabilah, yang baru-baru ini mencipta menu istimewa  Ramadan dan Raya untuk Secret Recipe.

Kolaborasi ini menyaksikan cef Anis memberikan keajaiban di Secret Recipe dengan mencipta tiga jenis variasi Nasi Kerabu, Nasi Kerabu Ayam Percik, Nasi Kerabu Ikan Saba Percik dan dua minuman unik iaitu Kurma Calamansi Fizz serta Ice Blended Onde-Onde untuk melengkapkan pilihan selera. Menu bermusim ini kini dilanjutkan sehingga Julai 2023 gara-gara penerimaan di luar jangkaan.

Yonnyboii

“Sebagai sebuah jenama tempatan, kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan sebuah jenama antarabangsa dalam industry. Dengan Universal Music Malaysia, kami berkongsi aspirasi serta nilai-nilai yang sama untuk sentiasa kekal unik buat rakyat Malaysia. Diberi peluang berkongsi pentas bersama Universal Music Malaysia merupakan satu pengalaman yang hebat dan saya harap Kerjasama ini akan terus berkembang dan kami dapat memberikan lebih banyak kempen menarik ke pentas. Ini sejajar dengan visi kami untuk meletakkan aneka rasa untuk dicuba oleh semua,” jelas Patrick Sim, Pengarah Urusan Secret Recipe.“Bekerjasama dengan sebuah jenama tempatan yang besar seperti Secret Recipe telah menaikkan tanda aras kami menjadi lebih tinggi dan ini bermakna akan ada lebih banyak kempen-kempen hebat serta pengalaman menarik di masa depan. Kesemua bakat kami teruja menjadi sebahagian daripada kolaborasi ini sambil kami mencari aneka cara untuk mendekati peminat, menampilkan bakat, dan terus berkembang lebih jauh. Dengan itu, kami percaya kerjasama ini unik dan tepat pada waktunya,” ujar Kim Lim, Pengarah Urusan, Universal Music Malaysia.

Mengulas tentang kerjasama, Evelyn Lee, Ketua Pemasaran Secret Recipe berkata, “ia sangat mengujakan melihat dua jenama besar berkolaborasi dalam mencipta aneka acara serta aktiviti buat para belia Malaysia. Kami ingin menjadikan kenangan harian semua orang lebih menarik dengan kerjasama ini yang kami yakin akan disukai oleh rakyat Malaysia.”

Sempena Hari Ibu yang bakal menyusul, penyanyi rap Yonnyboii juga telah membuat  sebuah kad ucapan khas Hari Ibu edisi-terhad untuk pelanggan Secret Recipe yang membeli kek penuh. Lebih menarik, senarai lagu sempena Hari Ibu juga akan dicetak pada kad ucapan supaya lagu ini dapat didendangkan buat mereka yang tercinta, demi menghargai kerja keras dan pengorbanan mereka.

Meer Nash