February 13, 2025

SERDANG – Sempena persediaan menyambut Aidilfitri, Bergat Media Sdn. Bhd. dengan kerjasama MARDIcorp menganjurkan NOSTALGIA RETRO RAYA yang akan diadakan selama 10 hari bermula 7 April sehingga 16 April 2023 di Dewan D, MAEPS Serdang, Selangor.

Antara selebriti yang akan memeriahkan acara

Bertemakan ‘Menggamit Memori Indah’, acara 10 hari ini akan membawa anda mengimbau kembali suasana menyambut Aidilfitri di era 70, 80 dan 90an dengan pelbagai reruai jualan dan aktiviti menarik.

Lebih 60 peniaga akan menyertai acara ini yang menawarkan pilihan barangan, pakaian dan kuih-muih untuk para pengunjung membuat persediaan Aidilfitri.

Hakim Zamri, Pengarah Projek Nostalgia Retro Raya

Terdapat juga jualan oleh para artis dan selebriti yang turut memeriahkan sepanjang acara berlangsung , antaranya penyanyi Syura, Haiza, Ashraf Muslim, Mimi Ernida, Fifi Azmi, Syed Ali, Fendi Bakri, Nafiz, Afzan dan Da’ie Azrin yang menjual pelbagai persiapan raya dari pakaian hingga kuih raya.

Ashraf Muslim dan Fendi Bakri, antara artis yang akan memeriahkan acara

Nostalgia Retro Raya bukan sahaja menawarkan suasana yang menggamit memori, penganjuran di MAEPS juga menjanjikan suasana yang selesa untuk membeli belah, kemudahan awam yang baik seperti tandas, surau dan mesa pengunjung kurang upaya selain menawarkan kawasan letak kereta yang luas dan percuma.

Apa yang pasti, Nostalgia Retro Raya mahukan pengunjung membeli belah dengan ceria dan selesa.

Selain acara Nostalgia Retro Raya terdapat juga Projek MAHA BUFFET yang melibatkan dua otai dalam dunia FNB, Restoran Mak Kimbong dan Experiment Kitchen yang berpengalaman lebih sedekad dalam bidang masakan. Mereka yang terkenal dengan menu tengahari seperti sotong gergasi bakar dan western food telah bergabung bagi menjayakan projek mega Ramadan ini.

Khairul Amilin dan Muhammad Hazim Yahaya menujukkan juadah berbuka puasa

Projek MAHA BUFFET ini telah pun bermula pada Ramadan ketiga iaitu 25 Mac sehingga 20 April 2023. Maha Buffet dibuka seawal jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam bertempat di Dewan C, MAEPS Serdang.

MAHA BUFFET mempunyai lebih 200 jenis menu setiap hari dan 20 gerai yang akan masak secara langsung (live cooking) agar makanan sentiasa panas. Menu terdiri dari masakan kampung, western, pencuci mulut, kuih-muih dan menariknya di MAHA BUFFET turut menyediakan Kids Food Station supaya kanak-kanak juga dapat menikmati menu berbuka yang lazat dan menepati citarasa selera mereka.

Antara menu juadah berbuka puasa yang disediakan

Dengan tagline “Family Friendly Buffet”, mereka menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan seisi keluarga sebelum dan selepas waktu berbuka. Antaranya permainan Arcade Game, Bouncing Castle, PS4 Game Station, Origami dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik.

Antara permainan yang disediakan untuk pengunjung
Antara permainan yang disediakan untuk pengunjung

Lebih menarik setiap hari akan diserikan dengan persembahan dari LIVE BAND, artis-artis nasyid dan perkongsian dari penceramah-penceramah serta ustaz terkenal tanah air seperti Ustaz Shamsul Debat, Ustazah Siti Nor Bahyah dan ramai lagi sepanjang bulan Ramadan ini.

MAHA BUFFET juga ada menyediakan Al-Quran di ruang solat orang kurang upaya bagi mereka yang ingin membaca Al-Quran sementara menunggu waktu berbuka puasa.

In-Team turut membuat persembahan

Ruang makan yang luas dan berhawa dingin sepenuhnya pasti akan memberi keselesaan khususnya kepada mereka yang membawa keluarga untuk iftar bersama. Kemudahan lain seperti surau yang luas, ruang parking luas dan percuma, malah MAHA BUFFET turut menyediakan ruang parking VIP dan Valet Parking bagi memudahkan semua pengunjung yang datang.

Pelbagai juadah disediakan

Setiap masakan dimasak dengan penuh kasih sayang serta penyediaannya penuh teliti. Bab makanan ni, kebanyakan memang cerewet tapi kami yakin di MAHA BUFFET, anda tidak akan menyesal.

Masakan panas juga disediakan

Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi. Hanya RM89.90 SAHAJA untuk dewasa dan RM49.90 untuk kanak-kanak/OKU/Warga emas serta PERCUMA bagi kanak-kanak berumur 4 tahun kebawah.

Ruang untuk kanak-kanak

Hanya di MAHA BUFFET ianya sangat berbaloi untuk anda menikmati:

• 200 jenis menu pelbagai jenis

• Lebih 20 aktiviti untuk kanak-kanak

• 2 mega Kids area

• Persembahan artis terkenal

• Perkongsian penceramah terkenal tanah air

• Ruang makan berhawa dingin sepenuhnya

• Parking PERCUMA

@kelkatutv

MAHA BUFFET – 25 Mac sehingga 20 April 2023 bermula 6.30pm – 9.30pm di Dewan C, MAEPS Serdang. Ada juga jualan dan aktiviti menarik di NOSTALGIA RETRO RAYA yang bermula pada 7 April sehingga 16 April 2023 di Dewan D, MAEPS Serdang #iftar #bukapuasa #maepsserdang #mahabuffet2023 #nostalgiaraya #sorotanberita #fypage #news #fypã‚·ã‚šviral🖤tiktok #fypã‚·ã‚šviral #fyp #ramadan

♬ France Accordion Swing – MIZUSATO Masaki