December 8, 2023

Bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi akan menyaksikan beberapa selebriti popular tanah air berangkat untuk mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah di bawah syarikat Syabibah Travel & Tours bermula April depan.

Mengulas lanjut objektif pembabitan selebriti popular, Pengurus Promosi Syabibah Travel & Tours, Faizal Ismail berkata idea itu timbul demi untuk menarik lebih ramai jemaah menyertai program umrah itu.

Bekas penyampai radio Hot FM itu berkata, beliau mendapat idea untuk membawa golongan selebriti bagi menyertai program umrah ini tercetus selepas beliau ditawarkan menjadi duta merangkap Pengurus Promosi Syabibah Travel & Tours.

“Saya anggap tawaran yang diberikan ini adalah sebagai rezeki kerana ia memberi peluang kepada saya untuk mengerjakan umrah dengan mudah.

“Pada masa sama, saya terfikir juga untuk membawa bersama golongan selebriti bagi menyertai program umrah ini. Golongan artis juga adalah pempengaruh media sosial. Jadi apa salahnya jika kita guna populariti yang mereka ada untuk tujuan murni ini.” Kata Faizal atau terkenal dengan panggilan FBI. 

Faizal yang dilantik sebagai pengurus promosi pada bulan Disember tahun lepas berperanan untuk menarik golongan selebriti ini bagi tujuan promosi dan penjenamaan syarikat.

“Selepas berbincang dengan Pengarah Urusan Syabibah Travel & Tours iaitu Ustaz Muzammil Musa, dia bersetuju. Selain dapat menarik lebih ramai peminat selebriti terbabit untuk menyertai program umrah ini, ia juga bagus untuk penjenamaan syarikat,” katanya. 

Saharul Ridzwan dan Pengurus Promosi Syabibah Travel & Tours, Faizal Ismail

Selain Faizal, antara selebriti yang menjadi jemputan istimewa dan ditaja menerusi pakej umrah Syabibah Travel & Tours ialah zulin Aziz dan suami, Bell Ngasri dan Saharul Ridzwan.

Bagi Saharul, tawaran untuk menyertai program umrah itu ketika minggu pertama Ramadan ibarat bulan jatuh ke riba buatnya.

“Tawaran ini diberikan Faizal ketika kami menjayakan sebuah program. Pada awalnya tawaran itu adalah untuk fasa pertama selepas kebenaran untuk mengerjakan umrah kembali diberikan pada 8 Februari lalu.

“Bagaimanapun disebabkan terikat dengan komitmen lain, saya tak dapat memenuhi permintaan itu. Mungkin sudah namanya rezeki, mereka menawarkan saya untuk menjadi jemputan istimewa untuk program umrah bersempena Ramadan pada April depan.

“Saya sangat bersyukur kerana diberikan rezeki untuk menyambut Ramadan di Kota Makkah. Insya-Allah saya akan membawa isteri sekali untuk program umrah ini,” kata Saharul yang kini sibuk menguruskan perniagaannya.

Turut serta dalam program umrah tersebut pengacara dan pelakon, Zulin Aziz yang baru sahaja mendirikan rumahtangga bersama cinta hatinya, Farhan Norzaini, 35, selepas dua tahun berkenalan.

“Sebenarnya tawaran ini sangat istimewa kerana datang ketika saya berada di depan Kaabah dan berdoa agar berpeluang untuk kembali lagi ke Tanah Suci pada masa akan datang. Tak sangka doa itu terus dimakbulkan dan saya anggap ia sebagai rezeki sungguh tak disangka.

“Alhamdulillah, Allah kabulkan rezeki saya dapat menunaikan umrah dan kali ini berdua bersama suami serta jemaah yang lain. Terima kasih kepada Syabibah Travel & Tours kerana ini adalah hadiah perkahwinan saya yang paling bermakna.” Katanya.

Dalam pada itu, pelakon telefilem Kampung Pisang Berbuah 2 Kali, Bell Ngasri menyatakan keterujaannya untuk bersama-sama menyertai program umrah bersempena bulan Ramadan ini.

“Sepanjang hampir 2 tahun saya tidak ke mana akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya memasang niat apabila dibenarkan untuk merentas negeri dan sempadan dibuka semula, pertamanya saya hendak ke Tanah suci Makkah bukan negara lain.

“Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan apabila dijemput untuk ke sana pada 10 malam terakhir bulan Ramadan dan inilah peluang keemasan buat saya untuk mengerjakan ibadah umrah bersama-sama yang lain.” Katanya.

Mereka semua ditemui semasa Majlis Sidang Media Pelancaran Umrah Syabibah Travel & Tours bersama Selebriti yang berlangsung petang semalam di Seri Kembangan, Selangor.

Hadir sama, Pengarah Urusan Syabibah Travel & Tours Ustaz Muzammil Soliheen Musa.

Mereka yang berminat untuk menyertai program umrah anjuran Syabibah Travel & Tours ini boleh mengunjungi pejabat agensi terbabit di No.12-1, Jalan Wira 1, Pusat Perniagaan Wira, 71800 Nilai, Negeri Sembilan atau pun menghubungi mereka di talian 018-2897953 untuk keterangan lanjut.

Zulin Aziz akan menunaikan ibadah umrah Ramadan ini bersama suami Farhan Norzaini
Bell ngasri turut dijemput menyertai program umrah bersempena bulan Ramadan tahun ini

Foto oleh: Subky Hj. Bebit

121 thoughts on “Selebriti popular bakal sambut Ramadan di Tanah Suci

  1. I do not even know how I stopped up here, but I believed this publish used to be great. I do not recognize who you might be but certainly you are going to a well-known blogger in the event you are not already. Cheers!|

  2. Howdy very nice site!! Guy .. Excellent .. Wonderful .. I’ll bookmark your site and take the feeds additionally? I am happy to search out so many useful info here within the post, we’d like work out extra techniques on this regard, thanks for sharing. . . . . .|

  3. I’m not that much of a internet reader to be honest but your sites really nice, keep it up! I’ll go ahead and bookmark your site to come back down the road. Cheers|

  4. Pingback: 2hilarity

Comments are closed.