July 18, 2024
SELEKSI RANCANGAN SYAWAL 1445H

Aidilfitri diraikan di TV AlHijrah dengan tema Syawal Menyebar Keinsanan. 13 seleksi rancangan istimewa akan disajikan buat penonton. Kesemua rancangan ini bermatlamat mengeratkan perhubungan manusia dengan Yang Esa dan perhubungan manusia sesama manusia sebagai pedoman penting di dalam memahami kehidupan yang hakiki. 

13 rancangan Syawal pelbagai genre adalah Assalamualaikum Istimewa Syawal, Camca Syawal, Cinta Ilmu Raya Taranum Challenge Raya, Episod Akhir Risalah Imam Al-Syafie, Hijrah Berselawat, Carta 114 Raya, Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2, Filem Mimpi Ananda Raih Semesta, Filem Suami Yang Menangis, Filem 5 Penjuru Masjid, Tau-Tau Dah Raya dan Tau Tau Dah Raya Akademi Qurra’.

Menurut Pemangku Pengurus Kanan Jabatan Pengurusan Kandungan, Zulkarnaen Mokhtar, TV AlHijrah akan terus menghidangkan rancangan-rancangan membaja nurani sepanjang sambutan Aidilfitri. 

Zulkarnaen Mokhtar

“Kejayaan siaran Ramadan tahun ini boleh dijadikan kayu ukur dalam mensasarkan kejayaan siaran di bulan Syawal.

“Data Nielsen Media Research mendedahkan jumlah tontonan TV AlHijrah sejak bersiaran awal Ramadan lalu sehingga separuh Ramadan meningkat 9 peratus berbanding tontonan sebelum bulan Ramadan, dengan jumlah tontonan sebanyak 4.2 juta.

“Antara program yang mendapat pilihan penonton yang menyumbang kepada kadar pertambahan tontonan ini ialah Taranum Challenge, Mai Ngaji, Cinta Ilmu, Tawajjuh, Ibrah Ramadan, Riwayat Akhir Zaman, 40 Kalam Junjungan, 30 Minit Bersama, Sembang Moreh dan Moh Dengar SD.“Prestasi program awal pagi, Assalamualaikum turut meningkat 50 peratus pada bulan Ramadan berbanding sebelumnya. 

“Walaupun data tontonan dan rating menjadi sasaran setiap stesen namun untuk TV AlHijrah, kayu ukur yang lebih utama kepada kami adalah apabila dapat menyediakan program-program yang boleh menyemai nilai keimanan yang tinggi dan berterusan kepada penonton.

“Oleh itu, kita yakin pada bulan Syawal, TV AlHijrah akan sentiasa menjadi pilihan penonton untuk rancangan keagamaan, isu semasa, perbincangan seputar kehidupan dan gaya hidup masa kini,” jelas Zulkarnaen.

Rancangan Istimewa Syawal 1445h

Assalammulaikum Istimewa Syawal (1-3 Syawal, 7 Pagi) Hiasi pagi Aidilitri anda dengan program bual bicara pagi bersama Naufal Hatta, Farah Adeeba & Amie Sofia dalam meraikan tetamu istimewa yang akan berkongsi kisah kemenangan Syawal dan ibrah yang diambil daripada Ramadan.

Camca Syawal (1 Syawal, 5 Petang) Bersama hos Ammar Mukhlis berkongsi tiga resipi hari raya yang akan dimasak bersama chef jemputan. Antara menu yang akan dihidangkan ialah Nasi Arab Citarasa Melayu  sambil ditemani suasana kampung.

Taranum Challenge Raya  (1 Syawal, 7:25 Malam) Kapsul Taranum Challenge Raya menampilkan Ustaz Fahmi dan Tilmiz Fahmi sebagai hos pentaranum yang akan memperdengarkan pelbagai jenis alunan bacaan al-Quran secara battle bersama orang awam selama 22 episod yang menarik.

Cinta Ilmu Raya (Malam raya & 1 Syawal, 7:30 malam) Cinta Ilmu Raya merupakan sebuah rancangan tazkirah agama yang berbentuk pengajian kitab yang bakal menarik minat penonton. Rancangan ini akan mengupas topik menarik berkaitan Islam, Iman dan Ihsan berpandukan kitab yang bersesuaian. 

Episod Akhir Risalah Imam Al-Syafie (2 Syawal, 6 petang) Saksikan episod kemuncak drama bersiri arab Risalah Imam Al-Syafie yang memaparkan kisah perjalanan hidup seorang tokoh iman mujtahid masyhur iaitu Imam Al-Syafie yang membangunkan empat mazhab fiqah terbesar dalam Islam.

Hijrah Berselawat (3 Syawal, 9 Malam) Ayuh berselawat dan berqasidah bersama Ustaz Husaini Mahmur, InTeam, Raihan, Lah Ahmad, Azan Addin, Pot Amir dan Bob Yusof disertai tausiyah oleh Ustaz Jafri Mahmoodi. Bersama kita imarahkan Syawal ini dengan alunan selawat terindah di TV AlHijrah. 

Carta 114 Raya (13 April, 6:30 Petang) Hari raya diserikan lagi dengan rancangan hiburan Islamik buat tatapan penonton dalam rancangan Carta 114 Raya. Rancangan ini disiarkan  pada setiap hari Sabtu bersama tetamu undangan InTeam, Ustaz Kahirul Anwar & Mateen dalam episod khas Aidilfitri kali ini.

Filem Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2 (1-2 Syawal, 10 Malam) Mengisahkan tentang Azzam seorang mahasiswa Universiti Al-Azhar yang berkerja keras menuntut ilmu sambil berusaha menyara keluarganya di kampung. Namun mengalami kesukaran dan ujian untuk memilki seorang gadis yang diminatinya. Saksikan kesudahan perjalanan hidup Azzam dalam filem Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2. 

Filem Mimpi Ananda Raih Semesta (3 Syawal, 10 Malam) Sekar Palupi, seorang gadis muda yang bercita-cita untuk melihat planet Marikh dari dekat. Ibunya, Tupon, juga berimpian untuk melihat anaknya mencapai impian tersebut. Apakah kesudahan nasib ibu dan anak ini? Saksikan kisah mereka pada malam 3 Syawal di TV AlHIjrah. Dibintangi oleh Kinaryosih, Acha Septriasa, Teuku Rifnu Wikana, Cholidi Asadil Alam, dan Chelsea Riansy. 

Filem Suami Yang Menangis (4 Syawal, 10 Malam) Diadaptasi daripada kisah nyata Ustaz Arifin Ilham, seorang ulama besar yang jatuh koma setelah dipatuk ular. Musibah tersebut menjadi titik awal perjalanan hidupnya sebagai insan yang taat kepada Tuhan. Memaparkan barisan pelakon Aryo Wahab sebagai watak utama, Betari Ayu, dan M. Alvin Faiz.

Filem 5 Penjuru Masjid (5 Syawal, 10 Malam) Kisah perjalanan 5 anak muda yang dipertemukan di Masjid Al-Kautsar, termasuk Bewok, seorang samseng yang berubah setelah menjadi penjaga masjid. Budi, Abian, Usman, Lukman, dan Gani, saling berkongsi cerita dan bersama-sama berhijrah menjadi pemuda yang taat beribadah. 

Jadi, jangan lupa saksikan program-program menarik ini sepanjang Syawal di kaca televisyen dan aplikasi AlHijrah Plus.