April 19, 2024

KUALA LUMPUR – Disaat pergolakan Yaman masih belum reda, Serantau Muslim menyahut seruan Global Peace Mission (GPM) Malaysia untuk menjayakan Misi Peduli Yaman sempena Ramadan ini.

Seramai lima orang peserta telah menyertai misi ini bermula 18 Mac yang lalu sehingga 27 Mac ini bagi melaksanakan proses agihan bantuan kemanusiaan dan sumbangan Ramadan.

Selain itu juga kedua-dua NGO akan melaksanakan projek mampan dan jangka masa panjang dalam usaha membantu saudara Islam kita disana.

Seramai lebih 1500 orang akan menerima manfaat daripada misi ini hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin serta dermawan.

Mengikut rekod, krisis kemanusiaan di Yaman dicatatkan sebagai bencana terburuk di dalam dunia.

Jutaan rakyat di dalam negara itu kelaparan dan mengharapkan perhatian kita.

Ketika ini, lebih dari 17.4 juta orang memerlukan bantuan makanan untuk kelangsungan hidup dan jumlah ini terus meningkat sehingga kini. Bilangan yang terjejas telah meningkat sebanyak 1.2 juta sepanjang tahun 2021 dan dijangkakan akan mencecah 20 juta orang pada tahun 2024.

Disebabkan konflik ini, ramai dari kalangan mereka telah mengalami masalah kesihatan disebabkan kekurangan makanan dan bekalan air bersih.

Ramai kanak-kanak yang menderita pelbagai penyakit disebabkan kekurangan makanan sehingga memaksa mereka untuk makan makanan tidak berkhasihat.

Ramai yang maut bukan hanya disebabkan peperangan, tetapi disebabkan krisis makanan yang melampau.

Doakan misi ini berjalan dengan lancar, teruskan sokongan dan sumbangan anda.