March 21, 2025

KUALA LUMPUR : Penyanyi tersohor yang mendapat jolokon Ratu Jazz Malaysia, Datuk Sheila Majid melahirkan perasaan terharu dan bersyukur kerana lagu-lagunya masih diingati dan diminati oleh generasi muda.

Ini terbukti apabila Konsert Sheila Majid Big Band Live in Kuala Lumpur yang diadakan malam tadi mendapat sambutan yang luar biasa. Konsert yang berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) dibanjiri 3,000 penonton dan peminat yang datang dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Sheila yang tampil anggun dengan dua persalinan

Sheila memulakan persembahan tepat jam 8.45 malam dengan seleksi lagu-lagu hit seperti Pengemis Muda, Gerimis Semalam, Rahsia Hati, Ku Mohon, Antara Anyir & Jakarta, Aku Cinta Padamu dan lagu yang paling ditunggu-tunggu ramai, Lagenda serta Sinaran.

Sheila turut mendedikasikan konsert itu kepada Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee menerusi segmen khas dengan membawakan lagu Getaran Jiwa, Aduh Sayang, Bunyi Gitar dan Manusia.

Sheila gembira apabila konsert yang dianjurkan ini mendapat sambutan ramai

Sheila diiringi 23 pemuzik dengan 13 daripadanya merupakan pemain horns, 7 orang pemuzik band bersama tiga penyanyi latar yang dipimpin oleh Pengarah Muzik tersohor, Mac Chew. Jennifer Thompson terus diberi kepercayaan sebagai pengarah konsert.

Sheila menampilkan kelainan dengan membawakan barisan 20 pemuzik

Konsert anjuran JioBuddy bersama Altus Prohouse dan rakan produksi, Level Up ini di hadiri rakan artis antaranya Ziana Zain, Anuar Zain, Misha Omar, Dayang Nurfaizah dan Fazura.

Antara rakan artis yang hadir

Konsert ini juga turut dipersembahkan oleh AromBay serta rakan rasmi Snack Partner Mamee Chef, manakala Suria FM merupakan rakan radio rasmi dan Astro Gempak bertindak selaku rakan digital rasmi konsert ini.

Gambar kredit: JIO BUDDY dan @echolaliapictures