December 6, 2024

Lagu Eh berjaya membawa nama penyanyi Zizi Kirana ke puncak kerjaya. Mesej yang dibawa lagu itu bukan sahaja menjadi bualan dalam kalangan peminat dan netizen, tapi sekali gus memberi satu jenama baharu pada Zizi Kirana.

Keberaniannya menegur sikap segelintir pihak menerusi lirik dalam lagu bukan sekadar satu bentuk hiburan semata, tapi lebih pada ingin menyatakan suara dan isi hati berkenaan apa yang berlaku di sekeliling hari ini.

Terbaharu, Zizi, 37, atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil muncul dengan single berjudul Pijak yang diterbitkan oleh Def Jam Malaysia dan dilancarkan pada 25 Februari lalu, genap setahun bermulanya pembikinan lagu tersebut.

Menariknya, lagu hasil ciptaan Zizi bersama Navigator dan Mambang itu adalah kesinambungan kepada lagu Eh yang mana menceritakan mengenai orang yang mengambil kesempatan di atas kebaikan dan kelemahan orang lain.

“Pendek kata lagu ini menggambarkan sikap seseorang yang suka pijak kepala. Ini antara cara untuk saya sampaikan nasihat. Bukan nasihat untuk orang saja, tapi untuk saya sendiri supaya tidak ambil kesempatan atas orang lain.

“Jadi kita saling menasihati antara satu sama lain dan sebab itulah ada kesinambungan antara lagu Eh dan lagu Pijak  ini,” katanya.

Menurut Zizi, dia sudah biasa bekerjasama dengan penerbit lagu Pijak iaitu Navigator dan yakin dengan hasil lagu itu.

“Pengalaman bekerja dengan individu di dalam lagu Pijak ini terutama sekali di bahagian pembikinan lagu saya masih mengekalkan pasukan yang sama iaitu Mambang dan Navigator sebab saya sangat selesa bekerja dengan mereka.

“Mereka sudah tahu apa yang sesuai dengan saya dan apa yang boleh saya sampaikan. Kami memang sudah senang untuk bekerjasama. Tetapi kalau ada peluang untuk bekerja dengan orang lain saya okay sahaja. Cuma untuk single Pijak ini saya selesa untuk bekerja dengan orang yang sama.

“Dari segi muzik memang Navigator yang menjalankan tanggungjawab itu seperti biasa dan saya suka bekerja dengan dia. Untuk lagu saya selesa bekerja dengan Mambang. Sewaktu bekerja pada tahun lepas kami semua hanya melalui telefon sahaja.

“Pengurus saya pun cari waktu yang sesuai untuk lari sekejap ke studio dan terus pulang ke rumah selepas itu. Apabila semua sudah selesai dan kami satu pasukan berbincang yang lagu ini mahu dilancarkan pada tahun ini,” katanya.

Zizi hadir dengan single terbaharu berjudul ‘Pijak’

Berkongsi lanjut mengenai lagu Pijak, Zizi yang juga pemenang kategori Persembahan Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) mengekalkan pengarah video muzik (MV) sama dengan lagu Eh iaitu Hasif Hamid yang juga dikenali sebagai Acip.

“Proses rakaman video muzik lagu ini masih mengekalkan pengarah yang sama iaitu Acip dan muzik video ini juga adalah kesinambungan daripada muzik video lagu Eh. Cuma kali ini rentaknya berbeza sedikit.

“Sepanjang proses rakaman video muzik ini semuanya baik sahaja walaupun proses rakaman itu bermula dari pagi sampai malam. Saya dapat pengarah, pasukan, pengarah fotografi (DOP), ‘glam team’ yang ‘best’. Mereka adalah orang yang saya percaya,” katanya.

Pun begitu, Zizi berkongsi dia tetap berdepan cabaran dalam penghasilan lagu dan video muzik Pijak.

“Proses rakaman lagu ini sebenarnya daripada tahun lepas tapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jadi ia tertangguh hingga kita kena buat demo di rumah sahaja. Apabila sudah dibenarkan keluar selepas PKP barulah pergi buat rakaman di studio.

“Cabaran dalam menyiapkan lagu dan video muzik ini bermula dari tahun lepas. Macam yang saya cakap disebabkan kita PKP pada tahun lepas dan tak boleh merentas negeri. Studio saya di Klang dan saya tak boleh pergi disebabkan saya berada di Kuala Lumpur pada ketika itu.

“Dalam masa sama, cabaran besarnya adalah apabila saya nak keluarkan lagu baharu selepas lagu Eh sebab saya tidak tahu apa akan jadi tapi saya lalui saja macam biasa,” katanya.

Sama seperti single terdahulu, Zizi juga berharap lagu Pijak mendapat di hati peminat dan pencinta muzik tanah air.

“Jadi, harapan saya untuk lagu Pijak ini diterima sebab lagu ini dibuat berdasarkan apa yang sering terjadi dalam masyarakat kita dan kehidupan harian kita. Semoga lagu ini diterima dengan baik oleh semua lapisan masyarakat dan diterima dengan hati terbuka,” katanya.

Pijak kini sudah tersedia di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakala video muzik Pijak yang telah dilancarkan pada 25 Februari lalu di saluran YouTube Zizi Kirana sudah melebihi 300 ribu jumlah tontonan.

ZIZI KIRANA – PIJAK (Official Music Video)

2 thoughts on “Siapa ‘Pijak’ Zizi Kirana?

  1. It’s in reality a nice and useful piece of info. I am glad that you simply shared this helpful info with us. Please keep us informed like this. Thanks for sharing.|

  2. 738856 219656Right after examine a couple of of the weblog posts within your website now, and I truly like your manner of blogging. I bookmarked it to my bookmark site list and may possibly be checking back soon. Pls take a look at my website as effectively and let me know what you feel. 376732

Comments are closed.