KUALA LUMPUR – Siapakah yang bakal dinobatkan juara Pertandingan Bintang RTM 2024 (BRTM 2024)? Antara enam finalis tersenarai ke peringkat akhir yang bertanding hanya seorang sahaja bakal memahat nama dijulang sebagai pemilik gelaran juara Bintang RTM 2024 yang kali terakhir diadakan pada 2018.
Peringkat Akhir BRTM 2024 yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media, disiarkan secara langsung pukul 9.00 malam di TV2 dan juga boleh distrim secara dalam talian melalui RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my).
Pentas akhir dihoskan oleh Awal Ashaari ini menyaksikan keupayaan enam finalis berbakat besar yang bertanding Roxy Ixzy, Eylia Guntabid, Dhania, Hady Huv, Feka dan Joy menguji vokal masing-masing untuk diadili juri profesional.
Untuk mengetahui siapakah juara dan apakah hadiah lumayan yang menanti pemenang pertandingan nyanyian berprestij ini, usah ketinggalan menyaksikannya secara langsung Sabtu ini, pukul 9.00 malam.
“Bintang RTM bukan hanya pertandingan nyanyian tetapi pentas untuk melahirkan lagenda”.