February 16, 2025

KUALA LUMPUR – Nurkasih, Gerimis Mengundang, Kembali Terjalin, Tak Mungkin Berpaling, Rindiani dan banyak lagi antara lagu lagu malar segar dan hit kumpulan SLAM.

Tidak perlu dipertikaikan rangkaian lagu-lagu SLAM sentiasa menarik minat peminat mereka.

Kehebatan kumpulan SLAM serta aura mereka sangat kuat sehingga setiap kali kemunculan mereka sentiasa mendapat sambutan hebat dari peminat-peminat setia mereka.

Kumpulan SLAM dianggotai oleh Zamani, Shah, Eddie, Lili dan Man berharap peminat-peminat mereka terus memberi sokongan padu buat SLAM.

Kejayaan demi kejayaan yang diraih kumpulan SLAM, kini sekali lagi kumpulan SLAM diberi kepercayaan untuk menjayakan sebuah konsert yang berprestij di ZEPP Kuala Lumpur, dan bakal berlangsung pada 6 Ogos 2023.

Konsert SLAM Nurkasih dijangka akan bermula pada jam 8.30 malam. Konsert SLAM Nurkasih bakal membawakan sekitar 18 ke 20 lagu-lagu hits mereka yang pasti membawa kenangan indah buat peminat.

Konsert ini dibawakan oleh AVG & WMD selaku penganjur utama , manakala Belbis selaku rakan produksi bersama Mewah Event Management (MEM) sebagai rakan strategic bagi konsert tersebut.

Bagi yang ingin mendapatkan tiket – tiket bagi menyaksikan konsert tersebut boleh menghubungi Illaso ticket di talian 03-21706333 atau melayari https://ilassotickets.com/event/konsert-slam-nurkasih/

Tiket berharga RM198 (festival), RM 298 (Cat 2 – kerusi), RM458 (VIP – kerusi dan akan mendapat goodie bag serta meet and greet bersama SLAM ). Untuk tiket berharga RM 5000 (Royal Box & ada mocktail , goodie bag serta meet and great bersama SLAM ).

Apa yang menarik buat Konsert Nurkasih, 4 kotak Royal box telah terjual semenjak hari pertama dibuka untuk jualan pada 5 Mei yang lalu. Begitu juga dengan tiket-tiket yang lain juga mula mendapat sambutan hangat.