July 18, 2024

JAKARTA – Kumpulan muzik asal Jakarta yang menggelarkan diri mereka dengan nama Story Art telah bersedia untuk memeriahkan dunia muzik Indonesia dengan lahirnya single lagu terbaharu berjudul “Lebur” terbitan MSI Records. Single lagu tersebut telah dikeluarkan pada tahun ini agar dapat mengubat kerinduan peminat yang sentiasa menanti karya terbaharu mereka.

Sebelum ini, Story Art telah mengeluarkan beberapa lagunya berjudul Selalu Begitu, Berharap Kau Kembali, Lelaki Jalang, Lupakan yang berlalu, Untukmu Selalu dan Bunga yang mati yang mana sudah tersedia di berbagai platform digital.

Semestinya dengan karya terbaharu ini, Story Art akan menambahkan lagi kepelbagaian warna muzik dalam dunia muzik Indonesia dengan warna muzik yang berbeza dengan lagu-lagu terdahulu.

Story Art yang bermaksud cerita seni di mana gabungan perjalanan setiap anggota band yang ingin mencapai cita-cita mereka sebagai pemuzik yang disegani. Story Art juga menggabungkan idea setiap anggotanya untuk melahirkan sebuah karya muzik yang berkualiti.

Dianggotai oleh Alif (vokal), Yondhi (gitar), Azwar (bass), Fahmi (keyboard) dan Kevin (drum) bertekad untuk menjadikan karya-karya mereka diminati oleh semua lapisan masyarakat selain berinovasi dalam menghasilkan karya-karya baharu.

Untuk info, Story Art telah ditubuhkan pada 1 november 2017 di Jakarta dan terdahulu mereka menggunakan nama Langit Band sebelum ditukar kepada Story Art mengikut persetujuan bersama di atas sebab-sebab yang tertentu.

Story Art merupakan band genre pop dan sudah memiliki beberapa single lagu yang telah dirilis di berbagai platform digital mahupun media sosial. 

Story Art – Lebur (Official Music Video)