April 18, 2024

‘Suria Belanja Makan’ dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bersempena Jualan Agro Madani, Selangor Day yang berlangsung di Pekarangan FAMA Point, Bandar Baru Selayang pada 23 Februari 2024 (Jumaat) lalu, mendapat sambutan meriah dengan menampilkan barisan penyampai Suria seperti Dato Fizz Fairuz, Ajak, Kai Hassan, Rara, Chiwan, dan DJ Lin.

Acara yang bermula seawal jam 7:30 pagi ini telah diserikan lagi dengan persembahan istimewa daripada kumpulan Hijjaz, persembahan tarian tradisional, sesi soal jawab mudah bersama Suria Wheels dan barisan penyampai dimana para peminat berpeluang membawa pulang barang eksklusif Suria seperti baju Suria, lanyard, beg ‘tote’, dan beberapa set kombo Agro Madani secara percuma!

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), mengucapkan ribuan terima kasih kepada FAMA selaku penaja lokasi, atas kerjasama baik dalam menjayakan Suria Belanja Makan, juga buat para pendengar yang turut hadir pada Jumaat lalu.

“Suria FM kini kembali turun padang temui para peminat dengan belanja makan seramai 100 orang pendengar terawal di Jualan Agro Madani, Selangor Day bertempat di Ibu Pejabat, FAMA pada Jumaat lalu. Syukur segalanya berjalan dengan lancar, terima kasih kepada semua yang terlibat bagi program kali ini dan semoga kerjasama baik Suria dan FAMA seperti ini dapat diteruskan di masa mendatang,” ujarnya. 

Juga, berita baik buat semua para pendengar, jangan lepaskan peluang rebut RM 36,000 dengan sertai kempen Suria Kongsi Rezeki yang berlangsung sehingga 29 Mac 2024.