March 2, 2024

Berdasarkan keputusan terbaru kaji selidik GfK Pengukuran Pendengaran Radio, Wave 2 2023, Suria FM kekal catat jumlah masa mendengar tertinggi antara 4 stesen radio komersial berbahasa Melayu iaitu selama 6 jam 37 minit sekaligus mencatat sebanyak 3.2 juta jumlah pendengar mingguan.

Suria Cinta kelolaan DJ Lin masih ungguli ‘takhta’ catat jumlah masa mendengar mingguan tertinggi (Weekly Time Spent Listening) di antara stesen radio komersial berbahasa Melayu iaitu selama 3 jam 5 minit sepanjang Ahad hingga Jumaat dari jam 8.00 malam hingga 1.00 pagi.

Lebih menarik, segmen dihoskan oleh Cik Piah, Gaya Suria (10.00 pagi – 1.00 petang) dan Muzik Top Suria (1.00 petang – 3.00 petang), juga segmen Suria Petang kelolaan Sharifah Shahirah dan Tyzo (3.00 petang – 7.00 malam) bersiaran sepanjang Isnin hingga Jumaat kesemuanya turut berjaya meraih jumlah masa mendengar mingguan tertinggi di kalangan 4 stesen radio berbahasa Melayu sebanyak 2 jam 4 minit (Gaya Suria), 1 jam 46 minit (Muzik Top Suria) dan 2 jam 22 minit (SuriaPetang).

Manakala segmen seperti Morning Morning Suria gabungan Ajak, Shuib dan Suraya sepanjang Isnin hingga Jumaat dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi merekodkan jumlah masa mendengar kedua tertinggi di kalangan 4 stesen radio berbahasa Melayu sebanyak 2 jam 22 minit.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin) meluahkan rasa syukur diatas keputusan kaji selidik yang dikeluarkan pada baru-baru ini kerana Suria berjaya mengekalkan jumlah masa mendengar tertinggi di kalangan 4 stesen radio komersial berbahasa Melayu yang lain.

“Suria FM baru sahaja menyambut ulang tahun ke-16 pada 24 November 2023 (Jumaat) lalu dan keputusan bagi Wave 2, 2023 kali ini merupakan hadiah bermakna buat seluruh warga SuriaFM. Terima kasih kepada semua pendengar yang masih menyokong dan memilih Suria sebagai radio pilihan di hati mereka dan menjadikan kami kekal relevan di industri radio sehingga kini.”

Suria FM juga membuktikan kedudukannya sebagai salah satu saluran digital kreatif pilihan ramai apabila platform digital Suria iaitu media sosial Suria Malaysia dan YouTube Suria TV berjaya meraih hampir tiga juta pengikut.

Berita baik buat para peniaga lokal, jom iklankan produk anda di Suria menerusi kempen Suria Support Lokal. Untuk info pengiklanan, hubungi 012-319 1053 atau nak lagi senang, layari sahaja laman web suria.my atau email ke suriasales@smrg.my. Jom bersama Suria, kita sama-sama support lokal!