April 18, 2024

Demi menghargai pendengar setia, Suria FM menganjurkan kempen ‘Suria Kongsi Rezeki’ dengan menawarkan wang tunai sebanyak RM 36,000 untuk dimenangi bermula 19 Februari 2024 (Isnin) hingga 29 Mac 2024 (Jumaat) ini. 

Caranya mudah sahaja, pendengar hanya perlu kongsikan di Whatsapp Suria, apa yang akan dibuat dengan RM 300. Kemudian, selepas mendengarkan isyarat memanggil, hantarkan butiran peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat dan emel ke talian whatsapp 017-8961053.

Penghantar Whatsapp ke-5 yang berjaya dihubungi oleh penyampai Suria akan dihadiahkan RM 300 dalam segmen Morning Morning Suria, Gaya Suria, Suria Petang, dan Suria Cinta.

Sertai kami dalam kempen Suria Kongsi Rezeki dan jangan lepaskan peluang ini untuk menangi wang tunai bernilai RM 300! 

Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia