November 29, 2023

JAKARTA : Setelah hampir dua tahun tidak mengeluarkan karya, kali ini penyanyi muda dan berbakat Keisya Levronka kembali mengeluarkan single terbaharu yang diberi judul Tak Ingin Usai. Lagu ini kembali dirilis di bawah Universal Music Indonesia.

Lagu Tak Ingin Usai menjadi single keempat Keisya Levronka setelah ia mengeluarkan Jadi Kekasihku Saja pada bulan Julai 2020, Tergesa pada September 2020 dan Lagu Untuk Hari Ini pada November 2020. Boleh dikatakan Keisya merupakan salah satu penyanyi muda yang produktif dalam menghasilkan karya.

Kembali dengan single Tak Ingin Usai, lagu ini menurut Keisya bercerita tentang hubungan percintaan yang memang tidak boleh dipaksa, sehingga harus berpisah, walaupun hal itu berat untuk dilakukan. 

“Kalau dari pandangan saya, Tak Ingin Usai ini menceritakan tentang hubungan yang diselesaikan satu pihak kerana hal yang tidak boleh dipaksa, sehingga pihak lainnya gagal untuk meneruskan kehidupan, hancur, menangis, tapi berusaha menerima dan ikhlas. Namun begitu, tetap berharap suatu hari nanti bakal dipertemukan lagi,” ujar Keisya menceritakan tentang makna dari single Tak Ingin Usai

Hal yang istimewa tentang single ini, Keisya berganding dengan seorang penyanyi sekaligus pencipta lagu berbakat yang sedang meningkat naik, Mario G Klau, dan juga Tohpati sebagai penerbitnya. Hasilnya, lagu yang bertemakan percintaan ini sangat menarik, dengan tema pop ballad yang sendu, namun sangat punching dengan isi pesan di liriknya.

Sementara, untuk proses produksinya juga tidak memakan waktu lama. Semuanya baik dari pemilihan lagu hingga proses rakaman lagu berjalan dengan cukup cepat.  

“Dari perjumpaan untuk pemilihan lagunya sampai sesi rakaman sebenarnya tidak lama. Walaupun rakaman pernah tertunda dua bulan, kerana saya sakit, tapi setelah itu kami teruskan dengan cepat, dan selesai,” kata Keisya yang merupakan peserta dari rancangan pencarian bakat Indonesian Idol 2019.

Keisya Levronka kembali mengeluarkan single terbaharu yang diberi judul Tak Ingin Usai

Hal menarik lainnya, semenjak perjumpaan sesi pemilihan lagu hingga lagu ini dikeluarkan, Keisya sama sekali belum sempat bertemu dengan sang pencipta lagu, Mario G Klau.

“Selepas saya dengar lagu ini, saya terus jatuh cinta, dan ternyata Mario yang ciptakan. Sejujurnya, kami belum pernah berjumpa sampai sekarang, saya ingin bertemu dengannya, saya pengemar dengan lagu-lagunya,” tambah Keisya. 

Sedangkan dari segi suara, susunan pada lagu ini seperti yang sudah dikatakan sebelumnya mengambil warna musik pop ballad. Genre lagunya ialah sendu, sangat indah untuk didengari, dengan alunan alat alat musik seperti gitar akustik yang dominan di setiap bahagian. 

Kalau untuk kualiti vokal Keisya sudah tidak perlu dipertanyakan lagi. Karakter suara dan olah vokal yang unik dan kuat dari Keisya menjadi senjata utama di dalam lagunya. Sempurna!

Dikeluarkan dalam bentuk video muzik

Tidak hanya dalam bentuk audio, single ini juga akan diriliskan dalam bentuk video muzik (MV) yang juga dikeluarkan dalam waktu yang sama. Untuk audio, semua pendengar boleh mendengarkannya di semua platform muzik digital dan video muzik boleh ditonton di akaun YouTube Vevo Keisya Levronka.

Untuk konsep video muzik, Keisya mengatakan bahawa sangat estetik dan mencabar serta mampu mengambarkan keseluruhan cerita di lagunya.

“Konsep videonya bagus dan sangat estetik. Tidak tahu bagaimana, saya merasakan konsepnya berkait rapat dengan diri saya. Jadi seharian dari pagi sampai petang kita shooting di pantai kota Banten, Pengalaman yang sangat seronok.cabarannya kerana ada yang naik tebing tinggi sangat, berendam di pantai sambil lip sync, apa-apa pun sangat seronok dan mesti tengok,” tegas Keisya. 

Melalui lagu ini, Keisya tidak lupa juga untuk berharap jikalau single Tak Ingin Usai mewakili perasan apa yang ingin para pendengarnya sampaikan. Selain itu, semoga dapat memperluas dan memperlebarkan jalannya untuk berkarier di industri muzik tanahair.

“Harapan saya, semoga apa yang saya sayangi boleh anda semua sayangi juga nantinya, boleh menjadi peneman untuk anda nangis. It’s okay not to be okay guys, jangan memaksa diri sendiri untuk tahan nangis, tahan diri untuk menjadi kuat di depan orang, anda semua tidak akan boleh melawan perasaan diri sendiri. Jadi, kalau sedih mesti dirasakan, sambil ditemankan Tak Ingin Usai ini,” harapnya. 

Keisya Levronka – Tak Ingin Usai (Official Music Video)

1 thought on “‘Tak Ingin Usai’ ceritakan kesedihan Keisya Levronka

Comments are closed.