December 4, 2024

Warning: sprintf(): Too few arguments in /home/darulmul/public_html/kelkatutv.com/wp-content/themes/chromenews/lib/breadcrumb-trail/inc/breadcrumbs.php on line 253

JAKARTA : Penyanyi cantik nan berbakat, Keisya Levronka kembali memberikan kejutan buat para peminatnya. Kali ini beliau mengeluarkan single yang berjudul Tak Ingin Usai (Versi Duet) dengan menampilkan penyanyi asal Malaysia, Nabila Razali.

Lagu ini sendiri sebenarnya merupakan single keempat dari Keisya Levronka yang dilancarkan pada bulan Mei 2022 di bawah Universal Music Indonesia dan diciptakan oleh Mario G Klau, dengan Tohpati yang bertindak sebagai penerbit.

Projek kolaborasi ini berawal dari video yang dimuatnaik Nabila Razali di saluran YouTube miliknya yang sedang menyanyi semula lagu Tak Ingin Usai. Dan ternyata, video tersebut mendapat maklumbalas yang sangat baik dari peminat di Malaysia mahupun Indonesia.

Melihat hal itu, Universal Music Indonesia dan Universal Music Malaysia, sebagai label rakaman yang menaungi kedua-duanya melakukan projek kerjasama kolaborasi duet antara Keisya Levronka dan Nabila Razali dengan merakam semula single Tak Ingin Usai tersebut dengan mengambil judul terbaharu, Tak Ingin Usai (Versi Duet).

“Sangat senang sekali dapat bekerjasama dengan Nabila, dia mempunyai kualiti vokal yang sangat bagus. Mudah-mudahan lagu ini makin diterima bukan sahaja di Indonesia dan Malaysia, juga di negara-negara lain, itu harapan kita semua,” ujar Keisya tentang projek kolaborasi ini.

Nabila Razali dan Keisya tampil dengan single yang berjudul Tak Ingin Usai (Versi Duet)

Tidak banyak perubahan yang ketara dalam proses susunan lagu ini. Seperti yang diketahui, lagu ini berkonsep muzik  pop balada. Sementara, nuansa yang disajikan memang syahdu, dengan alunan instrumen gitar akustik yang dominan di setiap bahagian, penuh melodi yang merdu.

Kualiti dan karakter vokal yang sangat kuat dari keduanya membuat lagu ini semakin sedap untuk didengar. Bukan saling mendominasi, namun keduanya saling mengisi satu sama lain. 

Sementara itu, bagi yang belum mengetahui, lagu ini bercerita tentang hubungan percintaan yang memang tidak boleh dipaksa sehingga harus usai, walaupun hal itu berat untuk dilakukan.

Lewat lagu Tak Ingin Usai, Keisya Levronka pernah meraih penghargaan dari Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM), sebuah anugerah penghargaan muzik berprestij di Malaysia. Pada acara Anugerah Industri Muzik ke-23 yang diadakan September 2022 lalu, Keisya meraih penghargaan tersebut untuk kategori “Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara”.

Video lirik yang hebat

Tidak hanya dalam bentuk audio, para peminat juga disajikan video lirik yang sangat menarik dari single Tak Ingin Usai (Duet Version) ini. Video lirik ini dihasilkan di Malaysia saat Keisya Levronka melalukan aktiviti promosi di negara tersebut. Ia diarah oleh Irfan Ramos.

Sedikit berbeza dengan konsep video muzik milik Keisya, konsep video lirik Tak Ingin Usai (Duet Version) ini dibuat lebih sederhana, namun tetap memberikan kesan sedih yang kuat sebagai pesan dari lagunya itu sendiri. Set sebuah ruangan dengan nuansa yang agak suram, lilin yang menyala, menjadi petunjuk pesan dari lagu yang memang menceritakan tentang kesedihan ini. 

Tonton video liriknya di saluran YouTube Kesiya Levronka. Jangan lupa dengarkan single Tak Ingin Usai (Duet Version) ini di semua platform muzik digital.

Keisya Levronka, Nabila Razali – Tak Ingin Usai (Duet Version) (Official Lyric Video)