January 13, 2025

KUALA LUMPUR – Filem “Takluk: Lahad Datu – Diinspirasikan Daripada Kisah Benar merupakan sebuah karya sinematik yang mengangkat semangat patriotisme dan keberanian pasukan keselamatan negara Malaysia. Diinspirasikan daripada kisah benar, filem ini memberi penghormatan kepada wira-wira negara yang berjuang mempertahankan kedaulatan tanah air dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu pada tahun 2013.

Diarahkan oleh Zulkarnain Azhar, “Takluk: Lahad Datu – Diinspirasikan Daripada Kisah Benar” menampilkan barisan pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Kamal Adli, Fikry Ibrahim, Anding Indrawani, Eman Manan, Riezman Khuzaimi, Josiah Hogan, Ayez Shaukat, Fad Anuar, Adam Corrie Lee, Mustaqim Bahadon, dan Zarul Umbrella. Filem yang bakal ditayangkan di bulan kemerdekaan kelak dijangka memberikan impak mendalam kepada penonton dengan kisah keberanian dan semangat perjuangan yang ditonjolkan oleh wira-wira negara. 

“Takluk: Lahad Datu – Diinspirasikan Daripada Kisah Benar” tidak sekadar menceritakan peristiwa tragis yang berlaku di Sabah, tetapi juga menyelami pengorbanan besar yang dilakukan oleh pasukan keselamatan, termasuk Tentera Darat Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Pasukan Gerakan Am (PGA). Filem ini berusaha memberikan gambaran mendalam tentang cabaran dan risiko yang dihadapi oleh para pejuang ini ketika mempertahankan negara daripada ancaman luar.

Filem ini dijangka akan membawa penonton melalui perjalanan emosi yang mendalam, dengan menceritakan detik-detik tegang semasa operasi ketenteraan di Lahad Datu, serta bagaimana anggota keselamatan berjaya menangani situasi genting tersebut. Penceritaan dalam filem ini dikatakan sangat dekat dengan realiti, dengan konsultasi rapat bersama pihak yang terlibat dalam operasi sebenar untuk memastikan ketepatan sejarah.

Selain daripada aksi yang mendebarkan, “Takluk: Lahad Datu – Diinspirasikan Daripada Kisah Benar” juga menekankan elemen kemanusiaan, di mana ia menonjolkan kesan emosi terhadap keluarga anggota keselamatan yang terlibat, serta bagaimana peristiwa ini telah meninggalkan kesan mendalam dalam kalangan rakyat Malaysia.

Filem ini diharapkan bukan sahaja menjadi medium hiburan, tetapi juga sebagai tanda penghargaan yang tulus kepada semua wira negara yang telah mengorbankan nyawa dan keselamatan mereka demi memastikan keamanan dan kedaulatan Malaysia terpelihara. “Takluk: Lahad Datu – Diinspirasikan Daripada Kisah Benar” dijangka akan menjadi salah satu filem tempatan yang paling dinanti-nantikan, terutamanya oleh mereka yang menghargai pengorbanan pasukan keselamatan negara.

Sebagai tanda penghormatan, filem ini turut dihasilkan dengan kerjasama rapat pihak ketenteraan dan polis, memastikan setiap adegan dan naratif dalam filem ini tepat mencerminkan realiti dan cabaran yang dihadapi oleh wira negara. “Takluk: Lahad Datu – Diinspirasikan Daripada Kisah Benar” bukan sekadar sebuah filem; ia adalah satu manifestasi semangat perpaduan dan penghormatan terhadap perjuangan yang tidak ternilai oleh mereka yang telah memberikan segalanya demi negara tercinta.

Krisis Pencerobohan Lahad Datu 2013 telah memberikan impak yang sangat besar buat negara, di mana seramai 10 orang wira telah terkorban. Filem ini bukan sahaja mengangkat kisah benar yang menyentuh hati, tetapi juga memperingati keberanian para wira yang mempertahankan tanah air. “Takluk: Lahad Datu – Diinspirasikan Daripada Kisah Benar” juga tersedia dalam format IMAX® dan Dolby Atmos di pawagam terpilih seluruh negara dan merupakan filem lokal kedua ditayangkan dalam IMAX®. 

“Takluk: Lahad Datu – Diinspirasikan Daripada Kisah Benar” dipersembahkan oleh Polis Diraja Malaysia PDRM, Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro, dan Six Fun Media, serta diedarkan oleh GSC Movies. Ia juga dipersembahkan bersama oleh CUCKOO, dengan pengiktirafan khas kepada ArtiqAir. 

GSC juga telah melancarkan promosi Merdeka dengan menawarkan tiket Tayangan Awal bernilai RM750,000 untuk filem “Takluk: Lahad Datu – Diinspirasikan Daripada Kisah Benar” (tayangan bermula dari 16 Ogos hingga 18 Ogos) di semua lokasi di seluruh negara. Kempen eksklusif Beli 1 Percuma 1 ini boleh didapati menerusi pembelian melalui laman web dan juga aplikasi mudah alih, selagi stok masih ada! 

Sinopsis

“Takluk: Lahad Datu – Diinspirasikan Daripada Kisah Benaradalah filem yang diinspirasikan daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu pada tahun 2013. Kumpulan Gagasan Militan Nusantara GMN yang dipimpin oleh Raja Iskandar memasuki kampung Batu Jugar. PDRM menubuhkan pasukan pengurusan krisis dan berusaha melakukan rundingan damai untuk mengelakkan pertumpahan darah. Rundingan yang diketuai oleh Datuk Mizan.

Ketegangan meningkat apabila pasukan PDRM bertembung dengan militan GMN semasa memindahkan orang awam, menyebabkan rundingan dihentikan. PDRM membuat kepungan dan menutup jalan keluar, diikuti dengan pertempuran sengit yang mengorbankan 2 anggota VAT 69 dan mencederakan anggota lain.

Pada hari berikutnya, serangan ke atas kampung air yang menyebabkan beberapa anggota PDRM terkorban dan tercedera.Operasi Takluk dilancarkan. PDRM berjaya menyelamatkan anggota dan penduduk yang ditawan serta menumpaskan saki baki militan GMN, tetapi ahli tertinggi GMN masih terlepas dan Operasi Takluk diteruskan bagi membantera penceroboh GMN.