June 13, 2024

SERDANG – Pameran teknologi dan inovasi pertanian Showtech MARDI 2023 yang berlangsung pada 25 hingga 27 Ogos lalu menarik minat golongan muda yang ingin menceburkan diri dalam bidang pertanian berteknologi tinggi.

Menurut ketua pengarah MARDI, Datuk Dr. Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata, tujuan MARDI mengadakan program seumpama ini adalah untuk menghebahkan teknologi yang dibangunkan bagi kegunaan usahawan tani, usahawan ternak dan mereka yang terlibat dalam industri pemakanan.

Mohamad Zabawi Abdul Ghani

“Kita mensasarkan golongan muda dalam menarik minat mereka menceburkan diri dalam bidang pertanian yang mana kita mempunyai teknologi berkaitan dengan Internet Kebendaan (IoT), revolusi perindustrian (IR) 4.0 dan sebagainya,” jelasnya ketika ditemui media di MAEPS, Serdang.

Dalam pameran tersebut sebanyak 8 kluster dipamerkan meliputi dari segi tanaman, mekanisasi, teknologi makanan, pengkormersialan teknologi dan ternakan.

Zabawi juga berkata, Showtech MARDI 2023 ini akan diadakan hanya dua tahun sekali kerana pihaknya akan memberi laluan kepada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) yang menjadi acara tetap di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) ini.

“Istimewanya Showtech MARDI ini adalah berkenaan dengan teknologi yang dibangunkan sepenuhnya oleh MARDI sendiri dan usahawan-usahawan yang terlibat juga adalah dibawah bimbingan pihak kami,” ujarnya.

MARDI juga sedang giat membangunkan teknologi-teknologi baharu dan akan mensasarkan sebahagiannya untuk dipamerkan dalam pameran yang akan datang. Beliau juga memberi jaminan akan meneruskan pameran seperti ini pada tahun 2025 yang merupakan tahun akhir beliau berkhidmat dalam MARDI.

“Saya berharap setiap pengunjung yang hadir ke sini dapat mengambil manfaat dari apa yang kita pamerkan dan sebolehnya datanglah kembali ke MARDI untuk kita memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam bidang yang berkaitan ini.” Katanya.

Seramai hampir 300 ribu pengunjung hadir ke tapak pameran yang bermula dari hari pertama dibuka sehingga ke akhir acara penutup.  Pelbagai aktiviti seperti  jualan barangan vintage, sukan basikal BMX, forum dan mini konsert telah diadakan selama acara ini berlangsung. 

Zabawi bersama Sons Of Adam

MAEPS Music Festival yang dianjurkan oleh Kombat Record dan MARDI telah menampilkan beberapa artis terkenal tanah air dalam menjayakan konsert selama tiga berturut-turut. Antaranya Al Farabi, Sons Of Adam, Headwind, Lord Justice, Les Skinchan dan ramai lagi.

Headwind menampilkan penyanyi baharu
Les Skinchan kembali beraksi setelah sekian lama menyepi
Persembahan bertenaga Lord Justice