KUALA LUMPUR – Filem ‘RIDE ON’ dibawakanoleh Pemegang Hak Pengedaran Malaysia, Shanghai Pictures Sdn. Bhd. dan diedarkan di Malaysia oleh Lotus Five Star bersama rakan pemasaran Infinity Entertainment Marketing. Jackie Chan berserta Kevin Guo, Liu Haocun dan lain-lain menghadiri Tayangan Perdana Dunia Filem ‘RIDE ON’ di Beijing dengan penampilan Penulis dan Pengarah Larry Yang.
Filem ‘RIDE ON’ memberi penghormatan kepada bintang filem antarabangsa, Jackie Chan atas sumbangannya selama 60 tahun dalam industri filem hiburan. Jackie Chan berikrar bahawa, “Selagi saya masih boleh bergerak dan masih mampumelawan, saya akan terus berlakon dalam filem. Ini adalah cara saya untuk menunjukkan kasih sayang dan penghargaansaya kepada semua peminat saya di seluruh dunia atas sokongan mereka selama ini.”
Dalam filem ‘RIDE ON’ yang menyentuh hati ini, Jackie Chan melakonkan watak lagak ngeri bernama Luo (Jackie Chan) yang tinggal bersama kuda kesayangannya ‘Red Hare’. Luo menghubungi anak perempuannya Bao (Liu Haocun) dan teman lelakinya Mickey (Kevin Guo) untuk mendapatkan bantuan bila kehidupan mereka mula diancam oleh pemungut hutang untuk melelong ‘Red Hare’.
Lagak ngeri Luo bukanlah satu-satunya watak yang dimainkan oleh Jackie Chan dalam filem itu. Terdapat adegan dalam filem yang mencerminkan ‘semangat pelakon lagak ngeri’ termasuk banyak watak ikonik dari filem Jackie Chan yang lalu telah dimasukkan oleh Penulis dan Pengarah Larry Yang sebagai penghormatan kepada Ikon Global Antarabangsa Jackie Chan.
Pengarah Larry Yang “Saya peminat tegar Jackie Chan dan iaadalah impian seumur hidup saya untuk bekerjasama denganJackie Chan dalam filem. Selepas menonton dokumentari tentang “Lagak Ngeri”, saya menulis cerita ini dan langsung mengajukannya kepada Jackie Chan. Jackie Chan menambah, ” Pada mulanya saya bersikap sopan, tetapi saya tidak menyangka dia datang kepada saya lagi selepas 5 hari dengan cerita itu. Sebahagian daripada kisahnya membuat saya menangis, dan bagi saya, untuk menunjukkan ‘semangat lagak ngeri’ kepada dunia, bermakna saya mesti melibatkan diri dalam filem ini!”
MENGINGAT KEHIDUPAN DI SET SEBAGAI SEORANG PELAKON ‘LAGAK NGERI’. Jackie Chan berikrar tidak akan berhenti dan akan terus bekerja keras.
Jackie Chan terkenal dengan persembahan adegan aksinya dalam filem, malah dia melakukan aksinya sendiri walaupun usianya hampir 70 tahun. Jackie Chan menyertai industri hiburan pada usia 8 tahun. Dia bermula sebagai seorang pelakon lagak ngeri, jadi dia sangat mengenali dunia ‘lagak ngeri’. “Kami sangat sengsara pada masa itu. Kami hanya dapat 5 yuan sehari. Kamilah yang paling awal berada di set dan disuruh melakukan aksi berbahaya (pada masa dulu hampir tiada langkah keselamatan yang diambil). Kami dimarahi sepanjang masa dan kadang kala dizalimi hingga menitiskan air mata, tetapi saya tidak akan membiarkan ia mematah semangat saya.” Tambahnya lagi, “Satu ketika kaki saya patah pada waktu pagi dan terpaksa mula bekerja pada waktu malam. Saya cuba meneruskan penggambaran walaupun berada di atas kerusi roda. Ia bukan untuk wang. Bila anda tanya saya sekarang “kenapa?” Kami dilahirkan untuk berada dalam industri hiburan dan kerana seseorang perlu melakukannya.”
Masa berlalu dan adanya perkembangan dalam industri perfileman, persembahan ‘lagak ngeri dan pelakon lagak ngeri’ sangat berbeza pada masa kini. Jackie Chan mengaku, “Secara jujurnya, zaman kita telah berlalu. Generasi pelakon kini tidak akan membenarkan anda melawan. Sebaik sahaja protagonist cedera, semua krew akan berhenti, tetapi semangat kita berani melawan dan terus melawan akan terpelihara. Semangat pelakon lagak ngeri perlu dilindungi.”
Dan Jackie Chan, yang telah menjadi pejuang sepanjang hidupnya, tahun ini, juga merupakan tahun ke-60-nya dalam industri ini. Bila ditanya berapa lama dia akan teruskan ‘melawan’, dia mengisytiharkan, “Tahuni ni adalah tahun ke-60 saya dalam industri ini. Dari seorang yang tidak dikenali hingga sekarang, saya telah mendapat sokongan peminat di seluruh dunia. Selagi saya boleh bergerak dan melawan, Saya berharap dapat membuat filem setiap tahun untuk penonton dan peminat saya di seluruh dunia.”
Semasa sesi junket eksklusif bersama rombongan Malaysia, Jackie Chan menerima kek kejutan harijadi yang disediakan khas oleh wakil Pemegang Hak Pengedaran Malaysia, Shanghai Pictures Dr. Vijay Pillai dan Dato’ Thai, sebagai ucapan selamat hari jadi awal kepada Jackie Chan (hari jadinya jatuh pada 7 April) serta harapan koleksi box office yang baik untuk RIDE ON. Jackie Chan membalas dengan baik, “Terima kasih peminat Malaysia dan harap dapat berjumpa anda semua tidak lama lagi di Malaysia”.
Liu Haocun menangis ketika mengucapkan terima kasih kepada Jackie Chan atas peluang untuk berkongsi skrin besar dengannya.
Pelakon wanita Liu Haocun, melakonkan watak anak perempuan Jackie Chan dalam filem itu dan wataknya Bao bersatu semula dengan bapanya Luo yang tidak berjumpa dengannya selama bertahun-tahun. Dalam filem itu Bao bergelut untuk berhubung semula dengan bapanya tetapi sepanjang perjalanan dia perlahan-lahan memahami perjuangan dan kesusahan ayahnya. Dalam satu babak, dia menangis ketika menonton adegan main balik adegan aksi klasik Luo/Jackie Chan dulu yang amat menyedihkan. Apabila dia berkongsi butiran bekerja dengan Jackie Chan di Tayangan Perdana Dunia di Beijing, dia sangat terharu dengan kebaikan Jackie Chan di set dan tidak dapat menahan tangisan. Dia juga tunduk mengucapkan terima kasih kepada pengarah dan Jackie Chan, di mana Jackie Chan melangkah ke hadapan untuk memberinya pelukan dan dorongan.
Jackie Chan juga menyebut, dalam salah satu adegan emosi dalam filem itu, disebabkan persekitaran sekeliling, ia adalah mustahil untuk menumpukan perhatian kepada pemupukan emosi yang diperlukan. Ketika itulah Liu Haocun menghampirinya untuk membantunya memupuk mood/watak yang diperlukan untuk adegan itu. “Serta-merta saya tersentuh dan terharu lalu air mata mula mengalir. Dia benar-benar bijak dan sangat membantu, terima kasih banyak kerana membantu saya membawa watak saya ke dalam adegan.”
Bakal Menantu Kevin Guo terpaksa berlatih silat semula
Kevin Guo (anak artis crosstalk terkenal, Guo Degang) yang menjadi popular dengan drama popular “Joy of Life” dan “My Heroic Husband”, selalu dikenali sebagai “Menantu Bangsa”. Kali ini dia memegang watak sebagai teman lelaki Liu Haocun dalam filem itu dan juga “bakal menantu” Jackie Chan. Dia berkata sambil tersenyum bahawa dia tidak perlu bekerja keras untuk memainkan watak peguam. Tetapi dia berkongsi bahawa kali pertama dia bertemu Jackie Chan di studio, Jackie Chan membaling asbak untuk ditangkapnya, untuk melatih keupayaan reaksinya.
Dalam filem itu, terdapat beberapa adegan di mana “bakal bapa mertua” memaksanya untuk berlatih seni mempertahankan diri. Dalam adegan tertentu Kevin melakukan aksi senaman kuda (mencangkung) dalam filem itu menyebabkan penonton ketawa. Kevin melakukan semula adegan senaman kuda (mencangkung) itu semasa Tayangan Perdana Dunia di Beijing yang turut disertai Jackie Chan. Apabila ditanya sama ada sekarang dia akan mempertimbangkan untuk terus melakonkan peranan aksi/seni mempertahankan diri, dia berseloroh menambah “Untuk filem ini saya hampir ‘terbunuh’ berlatih seni mempertahankan diri. Buat masa ini saya fikir adalah lebih baik saya teruskan persembahan crosstalk”.
Filem RIDE ON,diarahkan dan ditulis oleh Larry Yang dibintangi oleh Jackie Chan, Liu Haocun, Kevin Guo (anak kepada artis crosstalk terkenal GuoDegang) serta penampilan pelakon lain antaranya Wu Jing, Andy On, Joey Yung dan ramai lagi.
Filem ‘RIDE ON’ dibawakan oleh Pemegang Hak Pengedaran Malaysia, Shanghai Pictures Sdn. Bhd., diedarkan di Malaysia oleh Lotus Five Star bersama rakan pemasaran Infinity Entertainment Marketing bakal ditayangkan di pawagam pada 13 April 2023 dalam dua bahasa, bahasa Kantonis dan bahasa Mandarin.