July 17, 2024
telefilem raya astro

KUALA LUMPUR – Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma nanti, Astro dengan bangganya menyajikan pelbagai telefilem Raya Astro yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Antara telefilem Raya Astro yang akan dihidangkan sepanjang Syawal ini adalah seperti berikut:

Tajuk: Hijab Pendosa 
Tayangan:  1 Syawal, 11 malam 
Pengarah: Fairuz Loy 
Pelakon: Jaja Ileyas, Bell Ngasri 

Sinopsis:  Semasa kecil, Safiya mencuri ketupat buat emaknya yang sakit, Mahani. Mahani sudah meninggal dunia, setiba Safiyya di rumah. Ini menyebabkan dia trauma dan berdendam dengan ayahnya Hijab yang telah mengabaikan dia dan arwah emaknya. Safiya Berjaya dalam kerja dan membesar sebagai seorang Perempuan yang berhati waja. Apabila Safiya bertemu dengan Hijab yang telah merampas kebahagiannya dan menjadi pengemis, Safiya terpaksa berdepan semula dengan trauma masa silamnya.

Tajuk: Pinggan Retak Di Tapak Tangan
Tayangan:  2 Syawal, 11 malam
Pengarah:  Harris Fadzillah Abd Samad
Pelakon: Dato Jalaludin Hassan, Azri Safix, Datuk Fauziah Nawi

Sinopsis: Mak Yah adalah seorang wanita tua yang menghidap penyakit Alzheimer. Suaminya, Pak Brahim telah menjaganya dengan sepenuh hati memandangkan mereka tidak mempunyai anak. Mereka telah menganggap Arman, seorang pendatang yang tinggal berhampiran mereka sebagai anak sendiri. Walaupun Pak Brahim menghidap kanser tahap 4, dia tetap menjaga Mak Yah. Apabila Arman meninggal dunia akibat kemalangan, Mak Yah menjadi makin teruk. Dia mula mencederakan suaminya. Pak Brahim terpaksa melepaskan Mak Yah ke pihak hospital. Ketika takbir raya berbunyi, mereka bersatu semula, sambil tersenyum ke arah satu sama lain.

Tajuk:  Kurung Kerawang Untuk Adik
Tayangan: 3 Syawal, 11 malam
Pengarah:  Amy Nawari
Pelakon: Syafie Naswip, Noor Khiriah, Puteri Rafasya

Sinopsis:  Shazwi dibesarkan oleh seorang ibu tunggal yang dibebani dengan tanggungjawab untuk membesarkannya bersama tiga org adiknya dan salah seorangnya dari adiknya, Yana merupakan anak kurang upaya juga penghidap penyakit jantung kronik. Semasa meminta bantuan keluarga untuk membantu Yana, shazwi tanpa sengaja telah mencederakan makciknya, Saerha dan menyebabkan dia dihukum penjatra selama 2 tahun, Apabila keluar dari penjara impiannya untuk membeli baju kurung kerrawang buat adiknya, Yana kerana telah berjanji. Namun untuk mendapatkan pekerjaan dan keyakinan dari masyrakat adalah satu cabaran kerana dia adalah bekas banduan.

Tajuk:  My Famoues Ex Boyfriend Raya
Tayangan:  1 Syawal, 10 pagi
Pengarah: Hadith Omar
Pelakon: Nadhir Nasar, Qasrina Karim, Hael Husaini, Ara Johari

Sinopsis:  Mengisahkan perjalanan hidup baharu Jamie, Sameera & Affan sebagai sebuah keluarga bahagia. Namun dalam keseronokan menyambut Ramadan sebagai isteri Jamie, Sameera terkenangkan masa silamnya bersama Haque Zuhal, dengan rasa simpati. Sameera mula tertanya-tanya apa yang telah berlaku kepada Haque Zuhal, dengan misi untuk mencari Haque kerana dia percaya Haque layak untuk mendapat peluang kedua. Namun Haque telah memilih untuk menjalani kehidupan baru sebagai IS. Identiti rahsianya tidak lama kemudian ditemui oleh gadis berbakat Bella, yang juga percaya bahawa Haque berhak mendapat peluang kedua dalam hidup dan kembali menjadi bintang terkenal. Namun, niat baik JAMEERA disalah faham malah dikecam hebat netizen. Dapatkah mereka kembalikan sinar bintang Haque Zuhal?

Tajuk: Chinta Wrong Direction Raya
Tayangan:  2 Syawal, 10 pagi
Pengarah: Hadith Omar
Pelakon: Hun Haqeem, Erysha Emyra, Kimberly Chua, Nurell

Sinopsis:  Akid mula mengalami penyakit lamanya apabila didekati Chinta setelah berbulan berumah tangga. Chinta mula risau adakah dia penyebab Akid trauma kembali.

Tajuk: Raya Dengan Cinta 
Tayangan: 3 Syawal, 10 pagi
Pengarah: Azmir Affandi
Pelakon:Hawa Rizwana, Che Kin Wah, Zhen Ning

Sinopsis:  Rashid seorang mualaf berbangsa cina membawa isterinya Shila menyambut 10 Ramadhan terakhir dan Hari Raya Aidilfitri di rumah keluarganya yang berbangsa cina. Memandangkan keluarga shila ingin menyambut raya di Mekah dan Shila tidak dapat ikut Bersama kerana mengalami alahan disebabkan baru mengandung 3 bulan. Perlbagai masalah timbul sepanjang Shila berpuasa di rumah keluarga mertuanya sehingga menyebabkan Shila mula berputus asa untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk tahun ini tetapi Rashid dan keluarganya berusaha merealisasikan Impian Shila meskipun dalam keadaan huru hara.

Tajuk: Overnight Wali
Tayangan:  4 Syawal, 10 pagi
Pengarah:  Key Faris
Pelakon: Merqeen, Aaron Aziz, Arabella 

Sinopsis:  Husaini (28 tahun, bapa kepada Amanda (5 tahun), gemar membandingkan cara dia menjaga anak dengan orang lain. Dia bangun pagi berikutnya dan mendapati Amanda kini berusia 25 tahun, dan akan berkahwin lagi dua hari. Selepas mempelajari latar belakang Joey yang serba kekurangan, Husaini membuat rancangan untuk meyakinkan Amanda untuk memilih Adam, seorang lelaki yang pernah dia hina sewaktu kecil dahulu. Usahanya untuk menghentikan perkahwinan itu menyebabkan kekacauan dan ketegangan. Husaini sedar kesilapannya pada malam sebelum perkahwinan Amanda dan meminta maaf. Pagi berikutnya, Husaini terjaga dan berasa lega kerana mendapati Amanda kembali kepada usia 5 tahun. Dia bertekad untuk berubah menjadi lebih baik.

Tajuk: Terpaling Drama
Tayangan:  5 Syawal, 10 pagi
Pengarah:  Liyana Jasmay
Pelakon: Sazy Falak, Nurel Baharin, Razin Qidran

Sinopsis:  Zee, seorang gadis moden yang baru balik dari UK untuk menyambut Hari Raya, bertengkar dengan mak dia, Hasnah, yang sangat obsess dengan drama Melayu. Lepas bergaduh besar, Zee terjaga dalam dunia drama yang selama ni dia tak suka, termasuklah berdepan dengan adegan-adegan klise. Ketika berada dalam alam drama, Zee diingatkan tentang budaya yang ditinggalkannya dan dirinya yang sebenar. Pada mulanya, Zee ingat cinta adalah jalan keluarnya dari alam fantasi ini tetapi sebenarnya Zee harus meminta maaf dan berbaik semua dengan ibunya.

Tajuk:  Awak Terlalu Ganu Untuk Saya
Tayangan:  1 Syawal, petang (Warna)
Pengarah:  Zizan Razak
Pelakon:Zizan Razak, Rienda Diana, Adriana Kamarudin

Sinopsis: Seorang lelaki Terengganu yang berusaha sebaik mungkin untuk menyemnbunyikan identity Terengganu-nya dari seorang gadis bandar yang disukainya, Melissa. Dia mendapat sokongan dari seorang rakan karib yang secara rahsia mencintainya, Timoh. Konflik Wan Hulaimi bermula apabila Zack curiga terhadap perbuatannya dan kedatangan Wan Hurairah ke bandar. Kejujuran yang muncul dalam hatinya membuatnya mengaku kebenaran kepada Melissa. Melissa menerimanya kerana dia sudah meyukainya Ketika itu. Walaubagaimanapun, Wan Hulaimi percaya bahawa gadis yang  betul untuknya adalah Timoh kerana dia selalu menerima dia seadanya.

Tajuk: Dendam Hantu Viral
Tayangan:  2 Syawal , petang (Warna)
Pengarah: Waan Hafiz
Pelakon: Puteri Sarah Liyana, Haris Anuar, Sanjna Suri

Sinopsis:  Kampung Lompat Katak sekali lagi di ganggu oleh seekor hantu yang viral. Gangguan hantu itu telah menyebabkan agenda perancangan Tok Hashim untuk mengadakan majlis kesyukuran ulangtahun perkahwinannya tergendala. Kedatangan Leha Letop dan Cikgu Wahab ke Kampung Lompat Katak pula menambahkan lagi kekecohan buat Tok Hashim dan penduduk Kampung Lompat Katak.

Tajuk:  Zero To Miliionaire 
Tayangan:  3 Syawal, petang (Warna)
Pengarah:  Eoon Suhaimi
Pelakon:Zero Trio, Shashic, Julia Farhana 

Sinopsis:  Ahmad, Hamid dan Mahmud (Mad, Mid, Mud) merupakan tiga beradik yang bekerja sebagai pencuci kereta. Satu ketika seorang pelanggan menuduh mereka mencalarkan keretanya. Mad menafikan lalu bertindak agresif pada pelanggan. Akibatnya Mad, Mid dan Mud ditahan dan didakwa. Tiba tiba mereka dijamin oleh seorang usahawan bernama Tuan Abu. Bagi mengelak dari terus didakwa, Tuan Abu mensyaratkan Mad, Mid dan Mud bekerja di rumah kebajikan orang tua miliknya.

Tajuk: Manaf, Zahir & Bunian (Warna)
Tayangan: 4 Syawal, 4 petang
Pengarah: Issey Fazlisham
Pelakon: Kamarool Hj Yusof, Dewa Arteh, Namie, Bella Astilah 

Sinopsis:  Mengisahkan Manaf bin Zahir, seorang pemuda yang berumur 30-an yang tinggal di sebuah kampunf Bersama bapanya. Manaf kehilangan ibunya sejak berumur 15 tahun. Semenjak daripada itu, ayahnya mula nyanyuk dan menghadapi beberapa penyakit kronik. Konflik bermula apabila di suatu malam, dimana ayah Manaf hilang dari rumah Ketika manaf tiada di rumah. Manaf meminta tolong orang kampung mencari ayahnya sehinggalah ayahnya dijumpa pengsan di kubur. Manaf membawa ayahnya ke hospital dan ayahnya mula berubah dri tragedi itu. Ayahnya menjadi lebih serius dan selalu bercerita tentang kematian. Sehinggalah suatu hari, ayhanya membuat satu permintaan aneh dan katanya itu adalah permintaan terakhir iaitu untuk berhari raya di alam bunian.

Tajuk:  Hantu Raya Telekung
Tayangan:  5 Syawal, 4 petang (Warna)
Pengarah:  Dato Jurey Latiff Bim Mohd Rosli
Pelakon: Kamarool Hj Yusoof, Roopie Cecupak

Sinopsis:  Ropie berjaya menangkap hantu yang mengganggu kampung menyebabkan dia akan diangkat menjadi ketua kampung mengalahkan pesaingnya Tok Jidin. Namun, muncul lagi lembaga yang menyerupai Ropie, menghuru-harakan kampung dan keluarga Ropie. Adakah Ropie bela hantu raya? Siapakah lembaga menyerupai Ropie sedangkan dia tidak pernah ada kembar?