December 5, 2024

KUALA LUMPUR – Penganjuran Event Legacy Rider 2.0 yang akan berlangsung pada 28 Oktober ini di KL Base (Bekas Lapangan Terbang Sungai Besi ), memohon pengunjung yang hadir dalam acara ini agar mengikut undang-undang jalanraya dan memastikan kenderaan yang dibawa dalam keadaan yang lengkap mengikut peraturan pihak berkuasa.

Wakil penganjur Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi sekaku Pengarah Urusan GGR Machine (M) Malaysia & Legacy Rider berkata, “kami tidak boleh untuk mengawal pengunjung yang akan datang tetapi saya berharap mereka yang hadir ke acara permotoran ini supaya mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Kami juga tak boleh nak menghalang pihak polis atau JPJ untuk mengadakan sekatan jalanraya, tetapi kita berharap agar ada sedikit kelonggaran dan sama-sama membantu untuk menjayakan acara ini,” ujarnya.

Terdahulu, Program Legacy Rider 1.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang pada 29 Oktober tahun lalu berjaya menghimpunkan lebih 50,000 peminat sukan permotoran di seluruh negara.

Program anjuran Legacy Rider yang mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak antaranya Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Majlis Amanah Rakyat (MARA),PUNB Malaysia, PERNAS & GISB Holding.

Sambutan positif yang diterima, membakar semangat Legacy Rider untuk menganjurkan program ini dengan tempat yang lebih besar, strategik dan sesuai untuk acara berstatus mega di tempat Bekas Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur berbanding lokasi asal di Stadium Shah Alam.

Munurut Musaddiq lagi pihaknya menjangkakan edisi Event Legacy 2.0 akan diserbu oleh 50,000 hingga 60,00 pengunjung yang juga peminat sukan permotoran.

“Program akan bermula dari jam 8 pagi sehingga 6 petang. Perasmian Legacy Rider 2.0 yang dicadangkan adalah Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yang Berhormat Mulia Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Aziz (Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia) ataupun Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh (Menteri Belia dan Sukan), jika di beri peluang pihak Legacy Rider inginkan Perdana Menteri Malaysia yang merasmikan Legacy Rider 2.0 kerana ini akan memberikan satu penghargaan yang sangat bermakna bagi pihak Legacy Rider dan peminat sukan pemotoran di negara kita,” katanya.

Menurutnya lagi, pengunjung yang hadir nanti akan dapat menyaksikan pelbagai pameran menarik antaranya himpunan 300 motor jenama Ducati.

“Pogram ini dijalankan untuk menyemarakkan industri pelancongan di negeri Selangor dengan memperkenalkan kepada kumpulan bermotosikal di seluruh negeri serta golongan belia yang menceburi sukan permotoran bagi tujuan mengeratkan silaturrahim dan berekreasi.

“Event Legacy Rider 2.0 merupakan sebuah program yang menghimpunkan para belia yang terlibat dengan sukan permotoran dalam sebuah program yang santai dan Pelbagai aktiviti dan hiburan dari rakan selebriti popular tanahair yang akan dijalankan.

“Dalam usaha menjayakan Event Legacy Rider 2.0 juga, kami telah menjalankan hubungan baik dengan rakan selebriti popular tanahair dan ikon-ikon media sosial (influencer) yang akan turut serta membantu dan mempromosikan event ini,” katanya.

Antara selebriti jemputan Achey Bocey, Black Hanifah, Ajak Shiro, Uchop Ahmad, Tajul dan ramai lagi. Pelbagai hadiah cabutan bertuah bernilai lebih RM200 ribu juga disediakan untuk pengunjung yang bertuah.