January 14, 2025

KUALA LUMPUR – Icon Entertainment ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat setia KRU atas sokongan luar biasa sehingga tiket konsert GENKRU habis dijual tepat pada pukul 12 tengah hari.

“Kami amat terharu dengan sambutan hebat ini. Fenomena ini sebenarnya sudah kami jangkakan, memandangkan populariti KRU sebagai salah satu ikon seni tanah air. Pembelian tiket bermula pada pukul 11 pagi, dan dalam masa satu jam sahaja, semuanya telah habis dijual!” ujar Iman Tang, pengasas Icon Entertainment, penuh syukur.

Tambah beliau lagi, sambutan ini ternyata melebihi jangkaan awal apabila lebih 10,000 peminat sudah mula bersedia untuk mendapatkan tiket seawal 8.30 pagi. “Ini adalah bukti penghargaan peminat kepada artis tanah air kita, dan kami sangat berbesar hati atas respon yang begitu positif ini,” katanya lagi.

Berikutan permintaan luar biasa ini, Icon Entertainment bakal mengumumkan tarikh konsert hari kedua dalam masa terdekat. Maklumat mengenai penjualan tiket hari kedua juga akan dimaklumkan kelak.

Maklumat Acara:

Acara: Konsert GENKRU

Lokasi: Axiata Arena, Kuala Lumpur

Tarikh: 3 Mei 2025

Masa: 8.30 malam

Penganjur: Icon Entertainment

Harga Tiket:

• OOH!LA!LA! (RM 258)

• AWAS (RM 358)

• MENGERTI (RM 478)

• TERHANGAT DI PASARAN (RM 508)

• APASAJA (RM 548)

• FANATIK (RM 588)

📍 Pembelian tiket: https://www.ticket2u.com.my/kru

📅 Mula dijual: 20 Disember 2024 (Jumaat), 11 pagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada fenomena ini!