Muzik itu terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus melebarkan sayap mencipta identiti yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan meluaskan pengaruh.
Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan ‘kuasa’ muzik sebenar. ‘Wings The Rock Emperor Chapter’ menjadi wadah yang cukup signifikasi dengan terma yang bakal dibawa.
‘Kuasa dan kemenangan’ itu telah di cipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu, tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak di gagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings dilahirkan.
‘Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ yang di anjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak sebagai Rakan Strategik bakal ‘meluaskan’ kuasa jajahan takluknya di Stadium Malawati Shah Alam pada 16 Disember ini. Pastinya dimensi berbeza daripada konsert-konsert sebelum ini bakal diterjemahkan menerusi nada, melodi, aksi dan energi Wings itu sendiri.
Sayap Illusi bukan lagi angganan semata, ianya kini terbang lebih tinggi mengapai awan sungguh pun begitu Dato Awie (vokal), Edrie (gitar), Black (dram), Syam (gitar) dan Edrie Hashim (gitar) masih lagi terbang tunduk kebumi demi memberi kepuasan kepada peminat yang selama ini menyokong karier Wings.
Berpaksikan peminat adalah segala-galanya, maka ‘Wings The Rock Emperor Chapter’ menawarkan harga ‘mampu’ buat mereka yang selama ini menjadikan Wings sebagai sebuah ‘jenama’. Lebih menarik ini adalah antara konsert Wings yang memberikan harga rendah berbanding siri konsert sebelumnya.
Bukan hanya penawaran tiket harga ‘rahmah’ tetapi turut memberi peluang kepada ibu bapa membawa anak-anak mereka yang berusia 7 tahun ke atas untuk bersama-sama menikmati wirama ‘Belenggu Irama’ hingga ‘Menakluk Kosmos’ yang mampu menjadi terapi jiwa khalayak sejak dahulu hingga kini.
Mungkin di anggap ‘berat’, tetapi percaya pada maksud fatamorgana yang diimplimentasikan dengan unsur teatrikal dan elemen pementasan, permainan cahaya, paparan video, kostum menarik dan perjalanan sesebuah kisah yang disenyawakan dengan lagu yang disajikan.
Inilah keistimewaan ‘Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dimana mereka tidak mahu menghidangkan konsep yang sama yang kerap diulang-ulang dalam sesebuah konsert yang mereka anjurkan, apatah lagi dilihat ‘vakum’ dengan resepi lama.
Justeru, mengusahakan sesuatu yang berbeza dan tidak pernah ditonton adalah menjadi intipati yang akan diterjemahkan oleh setiap individu yang menggalas jenama Wings. Konsert ‘Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ turut mendapat sokongan Sinar FM (Radio Rasmi), ERA Fm dan Gegar FM (Support Radio Official) serta kerjasama daripada True Pixel dan Sayap Sayap Wings.
Peminat yang ingin berkongsi frasa dasawarsa ‘Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ boleh mendapatkan tiket konsert yang berharga RM95 – CAT 5 Free seating, RM135 – CAT 4 Free seating, RM175 – CAT 3 Free seating, RM155 – CAT 2 Free seating, RM205 – CAT 1 Free seating RM125 – Rockzone Free standing, RM355 – Rock Gold numbered seat, RM335 – Rock Silver numbered seat, RM455 – Rock Emperor numbered seat. Pembelian boleh di buat dengan melayari https://wings.ubertickets.asia. Untuk makluman harga tiket OKU bagi kategori Rock Gold dan Rockzone sahaja.