December 6, 2024

Ahli Termuda Rocketfuel Entertainment Muncul Dengan Single Sulung Yang Padat Dengan Mesej Positif

KUALA LUMPUR, 20 SEPTEMBER 2021 – Penyanyi dan pelakon cilik berbakat besar, Fatimah Noryyah Mohd. Noor Kosygin atau lebih mesra dengan panggilan Timah, tampil buat pertama kalinya sebagai artis naungan Rocketfuel Entertainment dengan single pertama berjudul Ceria ciptaan komposer terkenal, MFMF bersama Asyraf Nasir. 

Timah yang baharu sahaja berumur 13 tahun sudah mula berjinak-jinak dengan bidang nyanyian seawal umur 9 tahun lagi. “Ketika berusia 9 tahun, Timah banyak menyertai pertandingan nyanyian di sekolah. Selain itu, Timah juga pernah mewakili Malaysia sewaktu pertandingan nyanyian di China dan Taiwan selama 3 tahun berturut-turut sehinggalah pada tahun 2019 apabila mula terlibat dengan Ceria Megastar Ministar dan maju ke peringkat separuh akhir,” katanya.

Selain berkebolehan menyanyi dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik, Timah juga mahir bertutur dan bernyanyi dalam Bahasa Mandarin. “Ibu Timah merupakan seorang guru Bahasa Mandarin dan banyak mengajar Timah mempelajari bahasa tersebut.“

Idea disebalik tercetusnya single Ceria sebenarnya timbul dari Encik Feros Sayna selaku Ketua Rockefuel Entertainment sendiri. Beliau mahukan sebuah lagu berentak ‘Ceria’ dengan mesej yang positif buat rakyat Malaysia yang sedang dirundung duka kerana masalah pandemik COVID-19.

Jelas Timah, “Terima kasih kepada Encik Feros kerana memberikan peluang emas ini buat Timah. Ceria merupakan sebuah lagu yang dicipta khas bagi meningkatkan mood keceriaan buat semua orang. Liriknya menceritakan tentang harapan dan kesyukuran, manakala melodinya berentak pop rancak menimbulkan rasa gembira buat pendengar.”

“Timah rasa terpanggil untuk menceriakan suasana murung yang sedang melanda negara. Impian Timah adalah untuk menggembirakan keluarga, rakan-rakan dan masyarakat menerusi nyanyian. Tak mungkin kita akan merasa suram selamanya kerana pasti ada pelangi yang bakal muncul apabila semuanya kembali normal.” Katanya lagi.

Timah juga mahir bertutur dan bernyanyi dalam Bahasa Mandarin

Single yang bergenre pop dansa ini mengambil masa yang lama untuk disiapkan kerana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berlanjutan. Namun, ia berjaya disempurnakan tanpa sebarang masalah.

“Sewaktu proses rakaman sedang berlangsung, banyak perkara baru yang Timah pelajari. MFMF banyak memberi tunjuk ajar tentang teknik-teknik nyanyian yang betul dan bagaimana memperbaiki mutu nyanyian agar mood yang cuba ditonjolkan ‘timbul’ ketika mendengarnya,” katanya.

Komen Encik Jipie, Ketua Label & Penerbitan Rocketfuel Entertainment mengenai Timah, “Walaupun usianya masih muda, Timah sudah mula menunjukkan komitmen yang tinggi dalam bidang seni. Ini terbukti dengan kesungguhan beliau dalam menyampaikan single Ceria. Timah juga seorang yang ingin mempelajari benda baru terutama dalam memahami selok belok dan cabaran dalam industri seni.”

“Semoga lagu ini mendapat sambutan dan memberi keceriaan buat semua yang mendengarnya.”

Timah yang meminati penyanyi lama, Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza berkata, “Harapan Timah adalah agar single Ceria dapat menghiburkan setiap lapisan masyarakat di Malaysia tak mengira umur, bangsa mahupun agama kerana mesej positif yang cuba disampaikan.”

“Timah juga berdoa agar Tuhan memelihara kita semua dan memberikan kekuatan buat mereka yang sedang bertarung nyawa disebabkan COVID-19.”

Lagu Ceria boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi kesemua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan dinikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer, manakala lirik video single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Timah – Ceria (Official Lyric Video)


40 thoughts on “Timah ajak rakyat Malaysia kembali ‘ceria’

  1. 761411 782695Thank you for the sensible critique. Me and my neighbor were just preparing to do some research about this. We got a grab a book from our local library but I believe I learned far more from this post. Im very glad to see such wonderful info being shared freely out there. 682415

Comments are closed.