
PUSAKA dan Kedutaan Perancis di Malaysia berbesar hati mempersembahkan konsert Tinariwen: Returns to Malaysia 2023, yang bakal berlangsung pada 15 Disember 2023 di JioSpace, Petaling Jaya, Selangor bermula jam 8.30 malam. Kumpulan muzik dunia Tinariwen yang memenangi Anugerah Grammy akan mengadakan konsert kedua mereka di Malaysia, sebagai sebahagian daripada Jelajah Asia 2023 mereka; persinggahan lain ialah India, Jepun, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, dan Thailand.

Tinariwen ialah kolektif pemuzik Tuareg tersohor dan pemenang Anugerah Grammy dari wilayah Gurun Sahara di utara Mali. Mereka merupakan perintis genre muzik yang dipanggil ‘Assouf’, juga dikenali sebagai ‘Sahara Blues’, yang menggabungkan melodi dan irama Tuareg tradisional dengan gitar elektrik dan vokal yang penuh jiwa. Dengan kerjaya yang menjangkau beberapa dekad, Tinariwen terus merentasi sempadan dan membangkitkan ilham penonton di seluruh dunia dengan bunyi unik mereka yang menyatukan muzik tradisional Sahara dengan semangat masa kini.


Dipuji sebagai salah satu kumpulan paling cemerlang dan inovatif di pentas muzik dunia, Tinariwen menjanjikan konsert yang mempesonakan yang bakal membawa penonton mengembara di landskap Sahara yang menakjubkan melalui muzik. Konsert Tinariwen bakal memaparkan lagu-lagu daripada album terbaru mereka, Amatssou, yang telah mendapat pujian meluas di merata dunia, serta beberapa gubahan mereka yang terkenal.
Peminat muzik boleh mengharapkan pengalaman budaya yang istimewa ketika Tinariwen naik ke pentas – peluang yang jarang berlaku untuk penonton Malaysia menyaksikan keluarbiasaan kumpulan itu secara live di tanah air.

Tiket konsert Tinariwen Returns to Malaysia boleh dibeli melalui JioSpace https://jiotix.asia/events/tinariwen-returns-to-malaysia. Tiket mengikut kategori iaitu Oasis (duduk) RM350, Sahara (berdiri) RM200, Dune (berdiri mezzanine) RM250.
Sebagai info, pemain gendang Chinna Rasa Urumee Melum Masana Kali dan kumpulan etnik Borneo, Nading Rhapsody akan membuat persembahan pembukaan.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Tinariwen secara langsung di JioSpace, Petaling Jaya.
