Trend Kedai Kopi: Pahitnya Realiti Dalam Secangkir Impian

KUALA LUMPUR, 26 Mei 2025 – Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, fenomena individu meninggalkan dunia korporat untuk mengejar cita-cita menjadi usahawan semakin ketara. Antara pilihan paling popular adalah membuka kedai kopi – satu impian yang dilihat sebagai simbol gaya hidup moden yang cool, aesthetic dan trending. Namun, di sebalik keindahan estetikanya, realiti dunia kedai kopi tidak semudah yang disangka.

Lambakan kedai kopi yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan menunjukkan industri ini semakin sesak. Ramai yang melangkah ke dunia perniagaan ini tanpa asas ilmu, hanya kerana ingin mengikut trend. Kesannya, tidak semua mampu bertahan, apatah lagi berkembang.

Realiti ini turut digambarkan secara jujur menerusi siri drama Tonton Original: Bru, yang kini menjadi perhatian ramai. Watak utamanya, Shah (lakonan Shukri Yahaya), membuka kedai kopi tanpa perancangan rapi, apatah lagi ilmu pengurusan. Tanpa strategi kukuh, kedai kopi ‘Bru’ mula berdepan pelbagai masalah – satu refleksi kepada situasi sebenar yang sering berlaku dalam kalangan usahawan baharu.

Lebih mengejutkan, Shah turut menunjukkan sikap tidak amanah apabila membuat keputusan membeli mesin kopi baharu tanpa berbincang dengan rakan kongsi – Hani (Siti Hariesa) dan Ajan (Amerul Affendi) – serta menggunakan wang gaji Hani untuk pembayaran. Tindakan ini mencerminkan isu integriti yang semakin membimbangkan dalam kalangan pemilik perniagaan kecil. Ia membayangkan masalah sebenar seperti kegagalan membayar caruman KWSP, mengabaikan kebajikan pekerja dan penyalahgunaan kuasa.

Kejatuhan kedai kopi Bru menjadi satu peringatan bahawa minat sahaja tidak mencukupi untuk menjayakan sesebuah perniagaan. Tanpa ilmu, disiplin dan amanah, impian indah boleh bertukar menjadi mimpi ngeri.

Kini, nasib perniagaan Bru tergantung. Mampukah Shah memperbetulkan kesilapan dan menyelamatkan kedainya? Atau akan menjadi satu lagi kisah kegagalan yang bermula dengan angan-angan?

Jangan ketinggalan menyaksikan dua episod terakhir Bru yang akan menentukan masa depan kedai kopi tersebut. Episod kemuncak akan disiarkan pada 2 Jun 2025, eksklusif di Tonton setiap Isnin dan Khamis. Strim dan muat turun dengan hanya RM9.90 sebulan.

Untuk maklumat lanjut mengenai drama kegemaran anda, ikuti @TontonMY di Facebook, Instagram dan Twitter.