Universal Music Malaysia lancar sub-label Islamik sulung, Masyhur

PETALING JAYA : Universal Music Malaysia telah melancarkan Masyhur sebuah sub-label Islamik yang diletakkan di bawah naungannya. Masyhur telah dilancarkan di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya, semalam sempena majlis rumah terbuka anjuran Universal Music Malaysia, Def Jam Recordings Malaysia dan Celebrity 360. Rumah terbuka hari raya ini adalah anjuran bersama pertama mereka.

Jemputan khas, media serta rakan-rakan jenama turut dihiburkan dengan aneka lagu Raya dendangan para artis di bawah naungan Universal Music Malaysia dan Def Jam Recordings Malaysia. Antara artis yang yang memebuat persembahan dalam majlis tersebut antaranya Dato’ Sri Siti Nurhaliza, DOLLA, Insomniacks, The Gadys, Razzuan Rosli, Yonnyboii, Siqma, ASYRAF NASIR, Kmy Kmo dan Luca Sickta berserta artis edaran mereka seperti Wani Kayrie (Rocketfuel Entertainment) dan artis terbaharu RedRecords, Airliftz.

Universal Music Malaysia juga telah mendedahkan inisiatif pencarian bakat terbaharu mereka melalui Masyhur yang dipanggil Masyhur Redefined dengan kerjasama Faithful Music. Siri laman sesawang itu akan menampilkan Faizal Tahir sebagai juri utama di samping juri-juri selebriti sebagai mentor kepada bakat-bakat muda Malaysia yang ingin memulakan langkah dalam industri muzik. Peserta akan menjalani bengkel serta cabaran mingguan untuk menguji kemahiran kreatif mereka dalam menghasilkan karya asli, menulis serta mencipta lagu dan juga persembahan pentas.

Barisan artis yang hadir bagi memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Raya Universal Music Malaysia

“Diberi peluang menyambut Aidilfitri bersama rakan sekerja, artis-artis naungan serta rakan kongsi selain teman-teman media membuat segala cabaran yang kami tempuhi selama dua tahun lalu kelihatan berbaloi dan tidak sia-sia. Saya sangat terharu dapat meraikan pengembangan Universal Music Malaysia melalui objektif berterusan kami dalam mempelbagaikan keluaran muzik, portfolio perniagaan dan inisiatif pemasaran kreatif. Saya tak sabar melihat apa yang bakal disajikan buat kita untuk tahun-tahun mendatang” kata Kim Lim, Pengarah Urusan, Universal Music Malaysia.

Masyhur yang diasaskan pada tahun 2020 memberi satu nafas baharu dalam muzik ketuhanan lewat ilham yang diperolehi dari genre-genre berunsur keimanan yang menjadi karya kontemporari untuk menyinari kehidupan. Masyhur juga berhasrat membina satu komuniti artis dan pengikut yang percaya bahawa cerminan diri yang positif boleh menjadikan karya muzik dan dunia lebih baik. Misi dan visinya adalah mempromosikan kandungan positif, dan penuh semangat selain membangunkan peluang perniagaan dalam sektor Halal.

Untuk keluaran tahun 2022, Masyhur memperkenalkan karya-karya baharu oleh Fattah Amin berjudul Hamba yang menampilkan Kmy Kmo, juga karya yang berjudul Kiriman Agung dan Sinar Selawat, Mestica dan Dato’ Hattan yang menampilkan lagu berjudul Istikharah’ serta album kompilasi Zikir Rintihan Hati dengan kerjasama Begood Music.

Masyhur memperkenalkan karya-karya baharu oleh Fattah Amin untuk tahun 2022

Selain Masyhur Redefined dan keluaran muzik terbaharu sub-label itu untuk tahun 2022, Masyhur juga telah berkongsi inisiatif 2021 mereka dengan ‘Kongsi Rezeki’, sebuah siri 6 bahagian di laman YouTube bersama Beegood Music yang menampilkan semangat sukarelawan dan kepentingan hubungan pembinaan komuniti di kalangan rakyat Malaysia. Dengan Kerjasama Malaysian Relief Agency, Hero Exclusive, Syuk Sahar, Ayam Go-lek, siri itu menunjukkan beberapa artis seperti Siqma, Yonnyboii, Shalma Eliana (kini dikenali sebagai YANA), ASYRAF NASIR, Nuha Bahrin, Isma Sane, Outbreak melakukan kerja sukarela di Al-Fikrah Centre, rumah anak yatim piatu Raudhatul Al-Faaez, Pusat Gelandangan KL, serta PPR Laksamana dan PPR Sri Johor. 

Masyhur juga telah menganjurkan Youth Street Music Festival pertama pada tahun 2020 di pelbagai lokasi seperti KPTM Cheras, Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute serta Asia Pacific University yang menampilkan artis termasuk Yonnyboi, Shalma Eliana, Dai’ Syed dan In-Team, ASYRAF NASIR, Luca Sickta dan Halim Ahmad.

Siti turut membuat persembahan di majlis sambutan Rumah Terbuka Raya Universal Music Malaysia
The Gadys
Nabila Razali

Foto oleh: Kelkatu TV

3 thoughts on “Universal Music Malaysia lancar sub-label Islamik sulung, Masyhur

Comments are closed.