July 18, 2024

KUALA LUMPUR – Satu catatan sejarah industri hiburan tanah air terlakar hari ini dengan pelancaran lagu ‘Bersama Bintang’ daripada VENUS.

VENUS dianggotai oleh bakat-bakat yang tidak asing lagi dalam arena muzik Malaysia seperti Adi 6ixthsense sebagai ketua kumpulan dan pemain gitar kedua, Ayoy 6ixthsense sebagai pemain bass, Lan Jinbara sebagai gitaris utama, Apiz sebagai pemain dram, dan Puteri Khareza sebagai penyanyi.

Adi 6ixthsense selaku ketua kumpulan VENUS berkata, “Kami sangat gembira dapat melancarkan single ke 4 venus, tambah Adi lagi pengambaran muzik video Bersama Bintang telah dilakukan di Jakarta Indonesia.”

Muzik Video Bersama Bintang ini telah dia arahkan oleh pengarah daripada Indonesia George Timothy serta menampilkan pelakon Sarah Beatrix dan Ovan Rizki.

Harapan Adi dengan adanya kerjasama dari Malaysia dan Indonesia ini dapat membantu untuk melebarkan lagi pengaruh single Bersama Bintang ini ke dua dua negara.

Lagu istimewa Bersama Bintang ini merupakan hasil kolaborasi unik yang menggabungkan kekuatan kreatif Joe Slash dalam mencipta  sepenuhnya lagu dan lirik. Lirik lagu Bersama Bintang menggambarkan kerinduan mendalam seorang yang kehilangan cintanya. Dengan berlatar malam yang sunyi dan bintang-bintang di langit, ia berharap bintang-bintang bisa memberitahunya tentang keberadaan orang yang dicintainya. Dia terus menunggu dan merindukan kehadiran orang tersebut, merasakan kesepian dan kekosongan yang semakin menusuk di tengah malam yang hening. 

VENUS yang merupakan kumpulan muzik pop reggae terdiri daripada ahli-ahli muzik berbakat dari Malaysia dengan gaya muzik yang unik dan bertenaga berharap lagu ini serta muzik yang dibawa oleh VENUS dapat menawan hati peminat muzik di seluruh negara.

Lagu yang mengungkapkan rasa harap dan kesendirian dalam pencarian cinta yang telah hilang. Single Bersama Bintang adalah di bawah naungan label JYAN Entertainment. Muzik Video Rasmi Bersama Bintang telah di lancarkan di di bawah label JYAN Entertainment.

VENUS-BERSAMA BINTANG (OFFICIAL MUSIC VIDEO)