VINCE : TENGOK PADA KUALITI BUKAN PADA POPULARITI

Vince mengakui ada segelintir artis yang menghasikan lagu-lagu yang amat baik dari segi kualiti dan melodinya namun lagu-lagu tersebut tidak diudarakan di stesen radio mahupun televisyen di Malaysia.

Vince – Penyanyi

Beliau juga beranggapan kemungkinan stesen-stesen penyiar ada format atau standart kualiti yang perlu dipatuhi untuk menyiarkan lagu-lagu tersebut. Namun begitu, artis-artis yang berbakat dan telah mempunyai lagu sendiri ini lebih selesa menyiarkan di laman media sosial untuk tatapan para pendengar muzik.

Vince atau nama sebenarnya Vincent Chong merupakan bintang nyanyian hasil rancangan televisyen realiti yang pertama dalam sejarah Malaysia dengan menjuarai musim pertama Akademi Fantasia. Vince ialah sorang artis R&B yang popular yang juga seorang penulis lagu. Ikuti perkembangan terbaru beliau dalam sesi wawancara bersama Kelkatu TV.