PETALING JAYA – Wahdinii merupakan single lagu terbaharu hasil ciptaan penerbit dan komposer tidak asing lagi iaitu Adi Priyo (Adi 6ixth Sense). Lagu yang membawa pengertian ‘Berilah Petunjuk’ bersesuaian dengan konsep yang diketengahkan oleh Adi dan beliau juga berharap sentuhan magisnya itu dapat diterima oleh pendengar.
Adi Priyo sebelum ini pernah merangkul beberapa anugerah menerusi lagu Muara Hati nyanyian Dato Seri Siti Nurhaliza ft. Hafiz Suip dan Ku Relakan Jiwa oleh Hazama. Selain itu, lagu-lagu hit dalam seleksi 6ixth Sense seperti Khatimah Cinta, Tanpa dan Kisah Hati nyanyian Datin Alyah juga merupakan hasil ciptaan beliau.
Wahdinii merupakan pengeluar pakaian Islamik (muslim wear) bersama rakan urusniaga iaitu Puan Emma atau lebih dikenali sebagai Emma Rockers yang mendapat idea bagi menghasilkan sebuah lagu tema Wahdinii ini. Puan Faridah juga melaksanakan hasrat Arwah suaminya yang tidak kesampaian sebelum ini.
Adi 6ixthsense dipilih atas sebab kepakaran beliau dari segi penciptaan konsep lagu. Lagu ini agak berlainan dari lagu-lagu sebelumnya yang lebih berkonsepkan balada, rock alternative, pop namun kali ini, beliau menghasilkan melodi yang sangat mudah diikuti serta disusun seperti irama ala padang pasir.
Hasil perbincangan semua pihak yang diterajui oleh Encik Zell Sazalie selaku komunikasi strategik, sebulat suara untuk mengambil penyanyi Azmi Saat dari kumpulan Caliph Buskers sebagai featuring bersama Adi Priyo untuk lagu Wahdinii ini.
Wahdinii mempunyai maksud dalam Bahasa Melayu iaitu ‘Berilah Petunjuk’ dimana semua manusia di muka bumi ini memerlukan petunjuk untuk mencapai kejayaan. Alhamdulillah, lagu ini akhirnya telah dapat disiapkan sekaligus Puan Faridah dan Puan Emma terus terpikat untuk menaja Adi dan juga Azmi untuk keluaran Muslim Wear Wahdinii bagi keluaran 2024 ini.