Wajib Tonton! “1000/10” – Syafiq Yusof Puji Hebat Filem Ejen Ali The Movie 2

PUTRAJAYA, 21 Mei 2025 – “Sangat best, saya bagi 1000/10 untuk filem Ejen Ali 2!” Demikian reaksi spontan pengarah terkenal, Syafiq Yusof, selepas menyaksikan tayangan perdana Ejen Ali The Movie 2 yang berlangsung meriah di IOI City Mall, Putrajaya baru-baru ini.

Acara tayangan tersebut menghimpunkan ramai selebriti tempatan, wakil media, peminat setia dan tokoh industri kreatif tanah air, sekali gus menandakan pelancaran rasmi sekuel animasi tempatan paling dinanti tahun ini.

Syafiq meluahkan kekagumannya terhadap kualiti filem tersebut yang disifatkannya sebagai antara animasi terbaik yang pernah dihasilkan di Malaysia.

“Ejen Ali 2 memang luar biasa. Kualiti visualnya sangat realistik, malah ada babak-babak yang terasa seperti penggambaran filem sebenar. Ini satu penanda aras baharu dalam dunia animasi tempatan. Saya sangat bangga dan saya seru semua – korang memang kena tengok. Wajib tonton!”

Turut memberikan pujian tinggi ialah penerbit tersohor, Dato’ Yusof Haslam, yang menyifatkan filem ini setanding dengan karya antarabangsa.

“Dari apa yang saya tonton, Ejen Ali 2 memang sangat bermutu. Pembikinannya berada pada tahap yang sangat tinggi. Saya beri 10 bintang daripada 10.”

Sokongan turut hadir daripada ikon sukan negara dan duta Gardenia Bakeries, Dato’ Azizulhasni Awang, yang menyatakan filem ini berjaya menyampaikan pelbagai emosi.

“Penuh nilai persahabatan, aksi yang mendebarkan dan babak menyentuh perasaan. Satu gabungan emosi dan aksi yang mantap!”

Pelakon popular, Fizo Omar, turut terpegun dengan kualiti filem ini.

“Hasilnya sangat gempak, grafik dan sistem bunyi bertaraf antarabangsa. Jalan ceritanya penuh kejutan, memang buat kita tak senang duduk. Memang tak rugi layan.”

Pengembaraan Baharu Ejen Ali Bermula!

Ejen Ali The Movie 2, hasil kerjasama antara Primeworks Studios, WAU Animation dan Komet Productions, bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 22 Mei 2025, dengan jualan tiket telah dibuka sejak 20 Mei lalu di lebih 70 lokasi pawagam.

Filem ini bukan sahaja menyajikan aksi animasi memukau untuk semua peringkat umur, tetapi juga menyuntik mesej kekeluargaan dan pengorbanan yang mendalam — menjadikannya antara tontonan terbaik untuk musim cuti sekolah ini.

Jangan lepaskan peluang menyertai misi epik ini bersama Ejen Ali. Gunakan tanda pagar rasmi #EjenAliTheMovie2 di media sosial dan kongsi pengalaman anda!

Ejen Ali kembali – lebih hebat, lebih emosional, dan lebih mengujakan. Wajib tonton!