KUALA LUMPUR, 12 April 2025 – Selepas kejayaan drama premium “One Cent Thief 2” yang diinspirasikan daripada jenayah siber sebenar, Astro Originals tampil dengan buah tangan terbaharu berjudul “First Wives”, sebuah drama premium lapan episod yang mengangkat tema persahabatan dan pengkhianatan dalam kehidupan rumah tangga — dengan suntikan humor dan elemen dramatik yang pasti mencuri perhatian.
Mula bersiaran hari ini, First Wives mengisahkan dua sahabat baik sejak kecil, Diyana (lakonan Mimi Lana) dan Michelle (Melissa Campbell), yang berdepan konflik rumah tangga masing-masing. Diyana dikejutkan dengan perkahwinan rahsia suaminya, Azzim (Malek Mccrone) manakala Michelle diburu Ah Long selepas suaminya, Roshan (Charles Roberts) terlibat dalam perjudian dan menanggung hutang.

Dalam usaha membantu sahabatnya, Diyana merancang satu rompakan di pasar raya milik Azzim — Azzimart — untuk melangsaikan hutang Michelle. Namun, rancangan tersebut gagal dan akhirnya membongkar kegiatan pengubahan wang haram Azzim yang membawa kepada siasatan polis dan bahaya yang lebih besar.
Menariknya, drama ini menandakan kali pertama Mimi Lana melakonkan watak berunsur komedi, sekali gus menampilkan sisi berbeza pelakon popular itu kepada penonton. Selain barisan pelakon utama, “First Wives” turut dimeriahkan dengan kehadiran pelakon berpengalaman dan wajah baharu seperti Andy Teh, Carmen Soo, Theebaan G, Zeera Azizi dan Sathisvaran.
Angkat Naratif Realiti Wanita
Penerbit Eksekutif First Wives, merangkap Ketua Astro Shaw dan Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara Astro, Raja Jastina Raja Arshad, berkata drama ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga satu refleksi realiti masyarakat.
“Kami mahu memastikan setiap cerita di bawah Astro Originals mampu menyentuh hati penonton. Melalui First Wives, kami membawa mesej bahawa jangan sesekali memandang rendah terhadap kekuatan wanita. Isu curang, penipuan dan beban hutang adalah kisah benar yang berlaku dalam komuniti kita. Diharapkan drama ini mampu menyuntik semangat kepada wanita untuk bangkit memperjuangkan hak mereka.”

Disiarkan Secara Eksklusif
Drama arahan Imri Nasution dengan skrip oleh Catalina Mae Hubbard, Ilya Karnain, Luqman Sheikh Ghazali dan Dee Dee Peter ini telah disiarkan secara eksklusif bermula 11 April 2025, setiap:
- Jumaat, 12 tengah malam – Astro On Demand, Astro GO & sooka
- Jumaat, 9 malam – Astro Citra (saluran 108)
- Isnin, 9 malam – Astro Ria (saluran 104)
Penonton juga boleh mengikuti klip-klip eksklusif dan info terkini menerusi media sosial rasmi Astro Gempak dan Astro Shaw di Instagram, TikTok, Facebook dan X dengan tanda pagar rasmi #FirstWives dan #AstroOriginals.
Gabungan Kandungan Hebat dan Gaya Hidup Aktif
Menarik lagi, Astro Originals meneruskan kolaborasi strategik bersama Goodday Charge, susu diperkaya pertama di Malaysia dengan 10 nutrien penting. Kolaborasi ini menyaksikan promosi bersama dan penempatan produk dalam siri “First Wives”, termasuk penerbitan video khas berdurasi 30 saat oleh Astro Shaw sempena kerjasama tersebut.
Untuk pengalaman menonton yang lebih mantap, pelanggan boleh naik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99 sebulan menerusi Pakej Astro One.
Langgan hari ini di www.astro.com.my atau hubungi 03-9543 3838 (WhatsApp).
“First Wives” bukan sekadar kisah dua wanita, tetapi simbol kekuatan, persahabatan, dan perjuangan dalam dunia yang penuh dugaan. Saksikan dan rasai debarannya, hanya di Astro Originals.