April 22, 2024

KUALA LUMPUR : Walaupun dalam suasana pandemik yang menyekat pergerakan sempadan antara kedua-dua negara, rakaman lagu Meski hasil ciptaan Jaybon Osman dan lirik tulisan Nana Karia sendiri, berjaya dirakam dengan kerjasama Ada Exists Studio yang bertempat di Bandar Sri Damansara dan juga Studio 47 dari Woodlands, Singapura.

Malah, Ezad Lazim dan Nana Karia tidak pernah bersua muka sewaktu rakaman dari titik permulaan hinggalah di saat kawalan sempadan dilonggarkan dan mereka ditemukan dalam satu wawancara podcast bagi mempromosikan lagu Meski. Namun keserasian vokal antara dua penyanyi berpengalaman ini memang tidak dapat dinafikan.

Ezad lazim dan Nana Karia
Sewaktu sidang media pelancaran lagu baharu Ezad lazim dan Nana Karia

Mengenali Nana Karia, 42, beliau merupakan anak kelahiran Singapura yang pernah bermastautin di Durian Tunggal Melaka pada usia remajanya dan mula membuat persembahan nyanyian sejak berumur 5 tahun sehinggalah kini beliau masih lagi kekal aktif menyanyi di Singapura. Nana juga berkecimpung sebagai penulis lirik dan puisi serta memainkan peranan sebagai penerbit bersama untuk beberapa artis baru di Singapura.

Meski yang dititip bagai suatu doa buat orang-orang tersayang, membawa erti yang sama buat Ezad dan Nana, namun kededuanya melalui pengalaman masalah kesihatan yang berbeza sekaligus dijadikan inspirasi buat Meski.

Harapan mereka buat lagu ini, semoga ia dapat menjadi pembakar semangat cinta dengan keredhaan, dan semoga ianya membuka ruang komunikasi yang baik dan mendalam tentang kematian.

Ezad Lazim & Nana Karia – Meski (Official Music Video)